Dari Perkarangan Rumah Aku
Saje jer nak lepaskan tension…. Ambil camera, set timer 10 saat, letak atas kabinet, focus sikit2, lepas tu snap…. lari sikit sambil duduk atas kerusi dan pandang camera buat macam takde apa2…. Sebenarnye tahan nafas tu…. Itulah kerjanye blogger…. Tangkap gambar sendiri…. Sign in blog, upload picture tadi, taip apa yang patut lepas tu Publish…. Takde kerja betullllll…..
Minggu ni banyak perkara yang aku nak selesaikan sebelum masuk tahun baru 2010….. Dari kerja2 part time aku hinggalah jadual berkala mak dan bapa aku ke HUKM (appointment doktor dan sambungan ubat)….

Macam nilah keadaan work station aku sekarang ni…. Dah macam office dah rupanye…. Dinding pun bertampal pelan kerja…. Marah lah wife aku… Habis, itu jer caranye untuk aku senang lihat… Korang biasanye baca satu2 kerja tu cuma saiz A4 atau paling besar A3 jer… aku dalam bidang teknikal (Perancang Bandar) akan menggunakan saiz2 kertas pelan bersaiz A1 dan A0 sebagai final outwork dan reference dah menjadi kebiasaan…. Punyalah besar paper…. Maklumlah kerja melukis pelan pembangunan….

Haaaa…. tengok tu naik penuh dinding bilik aku…. Ni baru satu projek… lagi 2 menunggu….. Pelan2 melibatkan full graphic pulak tu…. lagi banyaklah aku tampal pelan baru…. Cari duit lebih, macam tulah….

Kat sini lah aku banyak menghabiskan masa untuk kerja2 part time dan memblog dengan korang semua…. Kat sinilah juga tempat aku meluahkan segala perasaan marah, gembira, kecewa, suka dan duka aku…..

Haaa…. dan bila aku tak dapat handle dengan betul segala urusan, ruang ini jugalah tempat aku berehat dan membuat perancangan semula…. Banyak hal yang aku kena fikirkan….. Kalau sesiapa yang pernah jumpa aku, rambut aku dah naik beruban dah kerana banyak berfikir tentang pelbagai masalah dan juga mencari cara untuk menyelesaikannye….. Agak susah juga menjadi anak lelaki tunggal dalam keluarga…. Berat tanggungjawab sebenarnye….
Nota kecil : Nampak tak blog siapa yang aku buka tu….. Cuba teka…. dan anda takkan dapat apa2 hadiah… hehehe….