Memandangkan hai ni aku free, wife aku pun cuti (menghabiskan cuti tahunan)… Aku pakat pergi beli barang dapur sikit…. Tapi yang banyaknye barang keperluan bapa aku…. Memandangkan ibubapa aku sekarang ni berada di kampung, so barang2 keperluan tu kenalah aku dan adik aku uruskan… Yang seronoknye kalau datang Giant Kota Damasara ni sebab kawasan dia terlampau besar dan banyak barangan yang kita cari ada di situ…. Memang besar….

Tapi banyak2 area yang aku lalu, aku memang suka kat tempat ni…. nampak tak apa yang ada kat belakang aku tu…. Yer….. kawasan mee segera…. Mee Maggi yang menjadi pojaan hati ku….. makanan emergency….. Kalau stok ni takde pasti gusar hati ku…. hehehe….. Kadang2 tu tengah2 malam berkeriut perut, apa lagi yang diharapkan…. mee maggi juga…. nak kejut wife tengah tidur tak sampai hati…. nak order kat kedai bawah rumah suruh hantar, kalau dah pukul 3 pagi dah tutup pulak…. So, penyelesaiannye adalah apa yang ada di belakang gambar tu….

Tapi apa yang dilihat sekarang ni, harga brand Mee Maggi dah semakin mahal dari dulu… ini mesti sebab orang2 macam aku yang demand tentang mee maggi….. demand banyak dan orang akan cari juga mee ni, maka peniaga apa lagi collect keuntunganlah…. Macam tulah strategi perniagaan…. Hidup Mee Maggi….