Dah lama aku tak berkesempatan untuk merakamkan gambar kawasan rumah… Hari aku berkesempatan juga akhirnye…. Cuaca sangat baik pagi ni…. Maklumlah malam tadi baru hujan… So, langit amat clear dari biasa…. Selalunye mendung jer….

Langit tersangat bersih dan biru pagi ni… Alangkah baiknye kalau selalunye macam ni… Takde jerebu…. Nyaman udara dan sejuk mata memandang…. Blok aku ni berhadapan tasik dan bukit, so pagi2 kalau keluar ke balcony rumah aku akan menikmati dahulu kehijauan yang ada…. Ambillah masa sedikit sebelum mandi…. bukan apa untuk kesihatan mata juga…. Itulah rutin aku setiap pagi…. Alhamdulillah mata aku masih berjalan lancar dan tidak lagi rabun…. Mungkin amalan setiap pagi aku ini kot….

Kawasan menghijau dan kawasan bukit inilah yang menjadikan aku seronok kalau berada di rumah…. Bak kata pepatah “Rumah Ku, Syurga Dunia Ku”…. Selagi umur masih ada, kita nikmati dan jaganye dengan baik….

Kita mulakan hari2 kita dengan perkara2 yang indah2 seperti pemandangan yang aku paparkan…. Tapi kan, kalau bentuk awan macam gambar di atas ni, ianya menunjukkan cuaca akan bertukar kepada hujan di sebelah petang…. bentuk yang berjalur2 tu…. Oklah aku hari ini sangat senang hati dan berperasaan tenang sekali…. Alhamdulillah…..