Malam tadi aku dengan wife ada hal sikit kat Kota Damansara…. Hantar barang kat seseorang…. Keluar rumah lepas Maghrib terus ke sana…. Hari pun tak berapa sihat sebenarnye…. Baru lepas hujan…. Masih lagi renyai…. Settle kat Kota Damansara terus balik ke rumah kononnye…. Alamak patutlah perut rasa semacam jer…. rupanye kitaorang belum makan lagi…. Kalau bab nak makan apa, sebenarnye aku dengan wife boleh bergaduh nak pilih makan apa…. bukan berebut pasal tempat, tetapi tak tahu nak makan apa sebenarnye…. dah terlampau selalu benar makan kat luar…. Last2 wife aku bagi cadangan beli makanan kat Subway…. Kebetulan akan lalu kat kawasan situ…. Ok juga cadangan tu bagi aku… malas nak makan yang berat2 kononnye….

So, tersinggahlah aku dengan wife aku di Subway malam tadi…. Kitaorang beli 3 set sebab adik aku Anor ada kat rumah sekarang ni…. Semalam aku ada taya dia nak makan Subway tak…?? Dia kata boleh juga tapi dia nak set beef pepperoni…. dah tak payah nak call dia tanya dia nak apa… aku pakai apa yang dia cakap semalam jer…. Aku ambil set Steak & Chesse dan wife aku ambil set apa entah namanye aku lupa….

Yang kanan tu aku punya dan kiri tu adik aku Anor yang punya…. Wife aku punya dia dah ambil dulu…

So, malam tadi ni jer makan malam kitaorang…. Walau pun sekadar sandwich, tetap kenyangnye macam makan nasi jer…. kononnye nak makan ringan2… pegi dah…. hehehe….

Nampak tak kat cermin kereta aku, titik air hujan…. sebab masa turun kereta lagi hujan masih renyai…. Nasib baik dapat parking depan kedai Subway tu….

Staff Subway tengah menyediakan set2 yang aku order…. Walaupun mereka lelaki tetapi mereka terlatih untuk penyediaan set tersebut…. Susunan sayur2 dan bahan2 lain cermat sangat…. Dan mereka ni cepat dalam menyediakannye…. respect sama mereka… masa ni dah dekat pukul 9.00 malam juga…..

Wife aku tengah menunggu set2 yang diorder siap… yang aku duduk kat meja dan snap picture dia…. duduk jauh2, so nanti wife aku yang bayar…. hehehe… mengelatlah tu…. Bila dah siap, laju jer wife aku panggil minta duit untuk bayar…. kena juga aku…. belanja sekali sekala, bukannye selalu…. kalau selalu makan kat sini mahu kopak juga aku….

Sampai rumah dalam pukul 9.30 malam…. buka apa yang patut, terus makan…. Bila 2 jari dah ditunjukkan itu bermakna makan malam kitaorang dah selesai disusunkan dalam perut…. hehehe…. Wife aku lagi laju makan, siap sempat tangkap gambar aku dengan Anor lagi…. Sebenarnye hari ni aku takpun ke mana2, malam ni jer baru keluar…. Itu pun pasal ada hal kat Kota Damansara…. Hari ni aktiviti mengemas rumah jer…. Tengahari sembahyang Jumaat…. Petang tidur….. Merehatkan diri jer hari ni…. Alhamdulillah Kenyang…..