…..Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran Dari UiTM…..
Surat untuk aku ker…???? Hehehe… mustahillah aku tak mohon pun…. Otak pun dah berkarat dah sekarang ni…. Tapi aku amat seronok dan bangga bila surat ini ditunjukkan kepada aku…. Keputusan yang dah lama aku nanti2 kan….

Surat tersebut sebenarnye milik adik bongsu aku Anor yang belajar di Kolej di Sepang hari tu…. Kolej kerjasama sepenuhnye dengan UiTM…. Keputusan exam akhir yang membanggakan aku sebelum melayakkan dia memegang Diploma UiTM…. Alhamdulillah dengan “Keputusan Yang Amat Membanggakan” setakat ini…. Dan semalam satu lagi berita yang menggembirakan untuk aku, bila dia mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dia di bidang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Senilukis Dan Senireka Grafik (Kepujian) (Seni Reka Grafik)…. Kampus di UiTM Shah Alam… Nasib baik…… Kalau kena kat UiTM Sri Iskandar, adoiii letih nak uruskan…. dahlah jauh…. Tarikh pendaftaran masuk pada 2 Januari 2010…. lagi 2 minggu…. tak lama lagi ni…..

Jadi malam tadi, aku pun pakat untuk bawa dia makan2 sempena keputusan tersebut…. Kitaorang pakat makan di The Steamboat Village di Ikano, Mutiara Damansara…. Kitaorang seramai 6 orang iaitu aku, wife aku, Anor, Azu, Is dan Si Kecik Melly…. Tapi malangnye Is (husband Azu) tak sempat datang…. So, berlima jer…. Tapi kecohnye macam 7 ke 8 orang, sebab ada Si Melly…. Aku macam biasa menu set Sliced Lamb dengan Kuah Tom Yam…. Yang lain ambil set Sliced Beef dengan kuah TomYam ada , sup pun ada…. Si Melly, makngahnye belikan dia A&W set untuk kanak2…. Karang kalau bagi set steamboat mahu mandi jawabnye….

Kitaorang sampai dan berkumpul dekat pukul 8.00 malam….. Si Azu dah sampai dulu, so aku suruh dia booking meja siap2…. Mula2 tu tunggu juga husband Si Azu, tapi lama benar maka kitaorang order dulu…. Si Is dari KL dan kebetulan pulak hari masih hujan dan pastinye traffic jam punya kat KL….

Hari ni ramai pulak orang yang datang kat kedai ni…. Maklumlah esoknye cuti…. Tu yang jadi ramai tu…. Kononnye aku nak singgah Ikea untuk belikan barang/hadiah untuk blogger aku… tapi on the way ke sana tadi, jalan pulak sesak untuk masuk ke Ikano ni…. Tu yang sampai cukup2 masa jer….


Tengoklah Si Melly yang banyak kerenah…. Dia kalau ada maknye mesti banyak songeh…. Nak itulah, nak inilah…. Kalau dengan aku dan wife aku, elok jer perangai…. Budak2 memang macam tu….



Last2 Si Is tak datang sebab lewat sangat… Kitaorang kat restoran tu dekat pukul 10.00 malam juga baru selesai…. Macam2 pulak tambahnye lagi…. Biasalah hari hujan perut lapar…. Lepas je dari restoran tu, round2 kejap kat area Ikano tapi sekejap jer sebab dah nak tutup…. 10.30 malam baru kita bertolak balik ke rumah masing2…. Malam ni aku seronok sungguh dengan kejayaan adik aku setakat ni….. Barulah berbaloi dengan apa yang telah aku dan mak aku uruskan selama ini…. Syukur Alhamdullillah…..