Apa yang korang nampak….???? Itulah member card Domino’s Express Card baru aku…. Baru renew yang baru…. Aku dah jadi member Domino’s Pizza dah hampir 4 tahun dah sejak dibuka di Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)… Dekat jer dengan rumah aku…. Yang bestnye jadi member ni sebab bila aku beli 1 large pizza, aku akan dapat 1 lagi pizza large secara PERCUMA…. So, setiap kali aku beli aku cuma bayar 1 harga pizza sahaja…. Tapi untuk large jer…. kalau korang tambah menu lain, korang kena tambah ikut harga menu tulah…. Akan tetapi, ianya untuk purchase di outlet sahaja, tiada untuk delivery…. Kalau minta delivery tak dapat free….

Yuran tahunan sebanyak RM50.00 sahaja…. Sebelum ni, yuran dia cuma RM20.00 sahaja, terperanjat juga aku mula2 aku tanyakan nak renew baru…. Tengok card tertulis RM50.00… Bila tanya rupanya itu untuk member baru nak register, macam aku cuma bayar RM30 sahaja untuk renew card…. Kusss semangat….

Aksi poyo mamat blogger tu tengah nak makan Domino’s Pizza yang dibeli….. Tak gigit pun sajer jer nganga…. Adik aku punya kerjalah ni….. yang aku pulak pantang nampak camera….. laju jer buat aksi poyos….. konon2 blogger tegarlah tuh….

Yang ini dari jenis pizza beef pepperoni…. Yang ini favorite aku dengan wife sebab beef sliced banyak…. Dan chesse dia tebal…..

Yang ni pulak adik aku Anor punya favorite, dari jenis pizza tuna dan nenas… Pun my favorite too….. sebab ada nenas…. aku hantu nenas tau kalau korang nak tahu….

Korang banyangkan 2 ketul pizza large untuk 3 orang…. tapi yang banyak makannye adalah adik aku Anor… sebab dia teringin sangat nak makan…. layan jerlah selera dia… aku pun teringin juga…. memandangkan kitaorang bertiga, gagah juga aku membelinye…. Kalau tinggal berdua beli pizza ni jawabnye 3 hari pun belum tentu habis….

Nilah hasil pembelian Domino’s Pizza aku hari ni…. 2 large pizza untuk 3 orang makan… huiiih banyaknye makan…. bila nak turun berat badan ni…. makin ditambah2kan lagi lemak2 di badan….

Tengah menunggu pizza yang dipesan…. Lagi 1 syarat untuk pelanggan…. Sekiranye diaorang lambat deliver pizza kepada customer dalam 15 minit, kitaorang boleh charge diorang kurangkan harga lagi RM5.00….. Bestkan, macam biasa 1 pizza harga RM30.00+/-, tolak lagi RM5.00 dah jadi RM25.00+/-…. Dahlah dapat 1 pizza memang dah free, potong lagi harga… berbaloi2 jadi member card Domino’s Pizza ni….

Tapi setakat ni, belum lagilah aku dapat potong harga tersebut sebab diaorang memang cepat dan cekap…. Dalam 12 ke 13 minit, confirm siap masuk kotak dan nama korang dipanggil…. Hampeh…. Itulah sebabnye aku suka dengan service Domino’s Pizza ni….

Yang ni card order diaorang untuk aku pegang sebelum nama dipanggil… di dalam card order ni terdapat maklumat aku dan masa order diambil… dan di situ kita mengira masa untuk diaorang siapkan pizza kita… reference card lah katanye….

Macam nilah keadaannye outlet Domino’s Pizza di Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)…. Penuh keceriaan dengan warna yang tampilkan…. Sangat bersih dan kita boleh tengok diaorang buat pizza tu dari perletakan toppingnye hinggalah pizza tu dibakar…. dan kemudiannye dipotong dan di masukkan ke dalam kotak…. Kat situ jugalah kita boleh tengok kebersihan penyediaannye…. Lihatlah tanpa was-was….

Wife aku dah mulalah nak boring menunggu…. bukan lama sangat pun Yang…. 15 minit jer…. Lepas dari Domino’s Pizza tu, kitaorang terus balik rumah…. Petang ni ada lagi program untuk aku settle kan…. So, selamat menjamu selera…. Nak jamu apa, dah habis dah pun…. Hehehehe…..