Macamana pulak aku boleh lupa nak publish entry ni minggu lepas…. Banyak termakan kepala ikan bilis kot…. Hehehehe…. 10 Disember 2009 hari tu aku, wife dan adik aku Anor pakat tengok Ninja Assassin kat Cinelasure, Mutiara Damansara…. Bukan apa saje layan adik aku pergi tengok…. Adik aku memang giler Korea dan salah seorang artis yang dia minat tu adalah pelakon movie ni Rain a.k.a Hujan Panas…. Takde lah saje aku tambah….

Kitaorang pergi tengok sebelah pagi, so tiket dia murah je RM6.00…. Masa pukul 11.10 pagi…. Orang pun tak ramai sangat kat counter…. Tapi lepas tengahari, ramai giler orang menunggu untuk beli tiket… nasib baik beli awal…

Tengok kosong jer kawasan menunggu…. Tak ramai orang… nak berlari2 anak pun boleh kalau tak kena halau dengan security guard…. Sebab semua movie dah kitaorang tengok, so yang belum tengok movie ni, tu yang pakat datang hari tu untuk menonton….

Blogger Chilabaey’s dengan wifenye…. Kali ni wife aku yang belanja tiket…. Popcorn aku kena…. Sebab lepas ni turn aku pulak kena belanja…. Movie ape lepas ni..??? Adalah…. dan pastinye harga tiket dia mesti mahal…. Confirmlah…..

Nilah adik aku Anor, sibuk nak tengok Ninja Assassin ni….. Mentang2 ada Si Rain a.k.a Hujan Panas.

Secara kesimpulannye movie ni membuatkan aku pening sikit… bukan sebab jalan ceritanye tetapi pertumpahan darah yang banyak dan juga aksi ganas bunuh membunuhnye…. Ganas betul movie ni…. Wife aku dah pening dah tengok…. Putus sana, putus sini, terbelah sana, terbelah sini…. Adooiiii pening2…. Bila tanya adik aku tentang movie ni, apa dia cakap…?? Anor nak muntahlah tengok…. banyak sangat darah terpercik2 macam ayam percik…. Hahahaaaa…. padan muka engko, sapa suruh ajak tengok…. nak tengok lagi ker…???? Dia jawab taknak dah…. Hambekkkk engko….. Jalan cerita agak menariklah untuk pelakon baru masuk dunia Hollywood…. Dari 10 bintang aku bagi 7 bintang…. Sebab Rain menang lain dari segi lakonannye kali ni….

Muka2 yang baru keluar pawagam, dan jantung masih berdegup2 lagi….. Yang wife aku pun sibuklah office dia call, walhal tengah cuti hari tu…. So, tangkaplah gambar sambil pegang telefon…. hehehe….. Lepas ni giliran aku pulak belanja diaorang tengok movie yang akan keluar… Dah keluar dah pun sekarang ni… cuma takde masa nak beli tiket jer…. Movienye di bawah tu….

Yang nilah yang aku tunggu2…. Movie yang akan pergi juga nanti…. Aku kalau jadi warna biru, mesti macam yang belakang tu…. mungkin saiz tu kembang sikit ke tepi…. hehehehe….. belang tu dah ada dah…. Tinggal nak tukar warnanye ajer…. Dan pastinye harga tiketnye seperti aku jangkakan iaitu RM11.00…. Tak kiralah RM11 ke RM20 ker, pastinye aku akan tengok sebanyak yang boleh lepas ni…. “Alaaaaa Muz, satu pun belum lagi dah kata nak tengok banyak kali….. “…