Jangan Pandang Belakang Congkak…. Sebab belakang congkak aku dah bercalar2…. Takde kena mengena dengan filem David Toeh yer…. Dia congkak purba, aku punya congkak antik…. Tapi main congkak ni memang ada hantunye…. samada Hantu a.k.a Ghost atau kita yang berhantu…. oiihhh seram sungguh….

Macam aku takde hantu2 nye…. sebab aku yang jadi hantu…. sebabnye kalau main congkak boleh berjam2 lamanye…. lagi2 main dengan wife aku….. tapi tak selalulah aku main congkak ni…. kalau aku balik ke rumah maka bapa aku di Banting baru aku main…. Congkak ni dah lama ada dalam simpanan aku tapi tinggalkan ajer kat rumah…. malas nak bawa ke mana, umpama barangan pusakalah kononnye…. dan baru2 ni baru kitaorang main semula…. dah lama tersimpan…. belasan tahun juga tak menyentuhnye…. balik raya haji hari tu, mak aku bawa keluar dan letak atas kabinet rumah… Bila nampak jer terus menggelodak hati nak main… tulah yang aku katakan selalunye congkak ni berhantu…. padahal setan yang menggoda,…. Bila main kita akan lupa sembahyang dan tugasan lain…. Bila dah lupa semua tu, mak aku pulak naik hantu…. marah kat aku sebab main sahaja tak ingat nak buat apa…. hehehe… itu dulu2….

Gaya empunya blog bermain tanpa memandang lubang congkak….. Tapi memang kalau bermain congkak ni banyak setan yang mengacau, sebab masa main tu mulalah setan bisik supaya main tipu…. lagi2 kita main dah sampai tahap kalah dah…. mulalah sorok guli celah jari…. itu kena mempunyai kemahiran yang amat tinggi untuk menyembunyikannye…. hehehe… main tipulah tu…. macam aku memang cekap menipu…. seorang pun tak tahu sebab tak nampak….

Sekarang ni pertembungan antara anak buah aku Intan dengan makngahnye….. Time ni dah malam dah, dia dah nak balik Damansara… Tapi sempat juga lawan 3 ke 4 games…. Pun selalu aku tipu kalau main dengan dia…. Pakngahnye saje yang menang….. Hehehehe….

Kalau main dengan aku orang susah nak detect aku tipu, tapi dengan kemahiran dan pengiraan guli setiap lubang aku akan tahu pihak lawan tu main tipu atau tidak…. dari segi air muka semasa nak menipu hinggalah gerakan jarinye…. hehehehe…. susah nak tipu aku sebenarnye…. kadang2 tu saje jer diaorang main tipu….. kasi change lah sikit…. tapi lepas tu…. giliran aku pulak….

Yang ni budak yang paling sibuk kalau main apa permainan pun….. Anak buah aku yang paling kecil Si Melly…. Kalu tak sibuk jer tepi meja congkak….. Tapi bila diumpan dengan makanan, baru dia tak kacau….

Yang ni umpunya harta pusaka…. tak lain tak bukan aku aku….. Punya seronok mak aku malam tu, sebab semua ada dan ramai…. Tapi dalam hati, cepatlah korang balik, bersepah rumah aku dibuatnye…. hehehehe… takdelah… kalau mak aku baca blog aku ni mesti dia marah aku punya…. Sorry makku….. Tapi lepas tu, lepas jer anak2 buah aku balik, ada satu lagi permainan yang aku tunggu2….. SAIDINA…..

Yang ni aku cekap juga bermain…. Yang ni susah nak tipu2…. Kalau menang, aku menang besar, kalau kalah dah pasti bankrap teruk….. Jarang sangatlah aku kalah dalam permainan ni…. Strategik mesti pandai dan licik….

Lepas je diaorang balik… aku, wife aku dan Anor kitaorang main bertiga…. Mak aku dah masuk tidur dah…. Main 1 game je tapi berlanjutan hingga pukul 1.00 pagi…. dari pukul 9.30 malam…. Punyalah lama….

Kalau korang tengok gambar aku di atas, sebenarnye aku dah kalah teruk time ni…. dah jadi banker jer, aku bankrap teruk…. terpaksa jual semua harta aku kepada bank dan langsaikan hutang2 dengan diaorang…. Sekejap jer aku main dah kalah…. Tu yang jaga gaji dan jadi banker jer tu…. Salah strategik sebenarnye malam tu…. dan nasib takde…. Padahal aku dah beli dan kawal aset Kuala Lumpur dan Penang sebenarnye dan juga kawasan2 lain….Siap dah buat hotel pulak tu kat atas tapak aku…..

Nampak tak yang biru2 tu, tu penyebab aku kalah teruk malam tu…. Nasib baik dalam permainan sahaja… kalau betul2, blog pun aku tak mampu nak update kat kedai CC…. Habis dah bankrap internet kat rumah pun tak terbayar…. Hehehehe….

Nampak tak diaorang bergaya dengan duit dan aset yang dia perolehi kat aku….. Hampeh betul…. Takpe lain kali main aku kenakan kat diaorang pulak…. nantilah…. tunggu dan lihat….

Permainan masih berterusan sehinggalah pukul 1.00 pagi…. Kemas semua barang masuk dalam kotak semula dan wife dan adik aku masuk ke bilik…. Tinggal aku seorang kat luar, dah menjadi rutin aku setiap malam kalau aku berada di Banting, aku akan pastikan semua mangga dikunci…. dari pintu pagar depan hinggalah pintu belakang dan juga di rumah sebelah…. Maklumlah bapa aku beli 2 unit rumah bersebelahan…. Jadi aku akan pastikan semuanye berkunci baru aku akan masuk rumah…. Biasanye aku akan check seorang diri jer… Dah biasa macam tu…. Kadang2 tu adik aku Anor temankan….
Tapi malam tu aku seorang jer….. Tengah2 check tu, time tu pulak anjing menyalak panjang kat padang rumah aku, mak aiii meremang bulu roma aku…. dah lama aku tak kena macam tu…. seram siut…. Selalunye kalau anjing menyalak panjang, dia nampak sesuatu…. Nampak hantu…. Jadi dengan pantasnye dan dengan hati yang berani aku berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu apa yang patut dengan tangkasnye…. mak aiii ayat….. macam tulah tugas aku kalau berada di Banting….
Rasa macam masa budak2 dulu pulak penuh dengan tugasan dan kerja2 yang mak aku suruh buat…. sampailah sekarang, baik dari segi kemas rumah, mop lantai, lap kipas, pergi pasar, repair barang dan lain2… kebanyakkannye akan aku buat…. Dari kecik lagi dah diajar…. tak pulak pada adik-beradik aku yang lain…. Mungkin sebab diaorang perempuan kot akan pandai sendiri…. Tapi aku tengok tak reti juga buat kerja dengan teliti macam aku…. Lantaklah janji aku puas dengan apa yang aku buat….. Oklah sampai di sini saja untuk entry yang panjang ni…. Majulah Sukan Di Hari Raya….