Sehari dua ni aku mungkin tiada di alam blog ni…. Aku akan membawa diri dan menyepikan diri barang seketika…. Untuk memikirkan dan melakukan sesuatu diluar kotak pemikiran aku selama ini….. Untuk memusabahahkan diri, mengosongkan kotak fikiran aku yang selama ini kusut dan tidak keruan sebenarnye….
Sampailah ketikanye untuk aku membelai diri aku sebagaimana orang lain membelai diri mereka…. Kerana otak aku perlu ruang masa untuk rehat sepenuhnye sekarang ini….. Dan juga, aku perlu mementingkan diri aku sendiri seketika…. dan sekiranye satu kata putus atau keputusan akan aku terima nanti, samada ianye merupakan satu keputusan yang menggembirakan dan harapkan, aku mahukan semuanye tahu akan perkara sebenar dan hakikatnye ianya merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk diri aku tempuhi selama ini….
Itu yang berada dalam kotak fikiran aku sejak seminggu ni…. Berlegar2 untuk berfikir…. Adakah ianye suatu yang baik atau sesuatu yang mengundang permasalahan kelak…. Dan selepas keputusan itu nanti, adakah aku telah bersedia mengharungi secara fizikal dan mental…. itu jugalah persoalan yang bermain2 dalam fikiran ku…. Bila ku renung sejenak, orang2 yang berada dikeliling ku amat selesa dengan hidupnye sekarang tanpa memikirkan apa2 perkara yang rumit…… Langsung tak hindarkan dengan apa yang berlaku….. Tak terdetik di hati mereka akan sesuatu hal pun…..
Adoiiii sakitnye kepala aku sekarang ni…. Jantung pun dah tak mengikut rentak yang betul…. So, berikanlah aku ruang untuk aku isikan dan renungkan bagi masa depanku… Aku perlukan rehat sebenarnye…. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana Dan Maha Merancang Untuk Umatnya…..