Cepat betul 2009 meninggalkan kita…. Banyak kenangan manis dan pahit aku lalui…. Bagi aku tahun 2009 meninggalkan kenangan yang amat mendalam kehidupan ku…. Satu demi satu cabaran dan ujian telah aku harungi…. So far, Alhamdulillah semuanye aku tangani dengan hati terbuka dan menempuhnye dengan tahap kesabaran yang sukar aku katakan….
Pelbagai kerenah family aku, aku dalami…. Semuanye kerana adanye pengalaman sebelum ini dan juga berkongsi bersama dengan bloggers/followers aku…. Banyak yang dikongsi bersama, banyak nasihat2 yang membangun aku terima, akan aku gunakan dan aku blendkan dalam kehidupanku…. Nak harapkan yang berumur, tak menampak contoh dan tauladannye, nak harapkan yang mentah, entahlah, tapi ada juga kesungguhannye…. Terpaksalah aku tempuhinye keseorangan… Nasib baik ada juga seseorang yang sentiasa mendampingi aku dan menempuhinye bersama…. Seseorang yang faham dengan keadaan aku…. Iaitu wife aku… Thanks a lot 2 u….

Banyak juga cacatan sejarah dalam diri aku telah dicoretkan pada Tahun 2009 ni…. Bermula dengan kesedihan yang menimpa bapa ku hinggalah kegembiraan bila semunye berakhir…. Limpahan rezeki untuk tahun baru 2010 bakal aku terima…. Usaha yang dijalankan diselitkan dengan memberi perhatian sepenuhnye terhadap kedua ibubapa ku, membuahkan hasil walaupun tak banyak mana tetapi Alhamdullillah tak pernah putus rezeki tu aku terima…. Dan harapan aku untuk tahun depan adalah segala yang akan aku putuskan tidak mendatangkan masalah untuk aku dan apa yang aku harapkan adalah semuanye akan berjalan dengan lancar selancar apa yang telah aku lakukan sebelum ini…. Insya-Allah….
Akhir kata dari aku untuk semua followers Chilabaey’s Spot, Selamat Menyambut Tahun Baru 2010… Moga2 azam tahun baru ni lebih baik dari tahun2 lepas… Dan apa yang tidak tercapai pada tahun lalu maybe akan terlaksana di tahun baru ini… Ini semua atas usaha dan ketentuan Allah S.W.T…..