Assalamualaikum semua bloger2 dan juga follower2 Chilabaey’s Spot…. Hari adalah hari pertama dalam tahun 2010… Bagi mereka2 yang aku tak sempat wish sempena tahun baru ni, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010…. Apa azam korang tahun, pastinye yang baik2 saje tak….

Untuk Entry Sulong ni, aku nak kongsi bersama sambutan malam tahun baru malam tadi…. Sebenarnye aku jarang untuk sambut tahun baru kat luar sebab tak minat dengan ramai…. Lagi2 kat kawasan sambutan… dengan trafik sesaknye…. dengan penuh dengan orangnye…. rimaslah… lagi2 kalau bawa orang bersama…. Tapi aku sambut cara aku sendiri…. memandangkan hari ni cuti so, malam tadi aku keluar juga…. Keluar ke rumah adik aku Azu di Damansara Damai.… Saje nak jumpa anak buah Melly…. Tapi sebelum tu sempat juga singgah di TTDI untuk beli Domino’s Pizza 2 kotak…. Untuk makan ramai2 dengan Si Melly…… Keluar rumah pukul 9.00 malam…. sampai rumah Azu dalam pukul 9.40 malam sebab order pizza dulukan… Lepak2 sambil tengok TV dan sembang2 apa yang patut…. Lepas tu dalam pukul 11.15 malam bertolak balik ke rumah aku semula sebab aku nak tangkap gambar sambutan tahun baru…. Tapi bukan kat mana pun cuma kat rumah aku jer…. Pasang camera 2 buah kat area hujung koridor level aku…. Tunggulah lepas tu detik 12.00 malam….. Gambar kat bawah tulah hasilnye….









Kali ni sambutan agak meriah, maklumlah time merdeka hari tu takde bunga api sebab menghormati bulan Ramadhan…. Time tu aku dah standby juga camera…. tapi kecewa…. Akhirnye untuk tahun baru ni ada juga bunga api….. Sebab last minit buat persiapan dengan equipment camera, banyak juga gambar tak menjadi….. Hampir 50 snap gambar aku ambil malam tadi yang berlangsung hampir 20 minit…..

Yang ni kat area bawah rumah aku… Punya ramai manusia time ni…. Sebab nak tengok bunga api…. Kalau kat area blok bangunan aku dah macam burung merpati dah rasanye…. Hehehe… termasuklah aku, adik aku dan wife…. Jiran2 depan, tepi dan sebelah pun joint juga…. Seronok juga bila dapat berkumpul ramai2 ni….

Tapi yang ini lagi seronok, nampak tak LDP depan One Utama punyalah sesak…. tak bergerak langsung…. sebab semuanye nak tengok bunga api…. Yang mengarah ke Petaling Jaya, yang mengarah ke Kepong semuanye sangkut….. Nasib baiklah aku tak ke area sana…. Sebab dah boleh agak dah…. Kalau area IKEA, Curve dan Ikano jangan cakaplah…. Langsung takleh masuk sebab TV3 buat liputan dan konsert kat tengah2 jalan tersebut…. Jalan habis tutup…. Huiiisshhh nasib baik tak pergi…. Oklah apa2 pun Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 untuk semua….. Entry ni ada lagi entry sambungannye…. tapi untuk aktiviti sebelum detik 12.00 tengah malam….