Entry ini beberapa jam sebelum tahun baru 2010…. Yang mana aku katakan yang aku keluar beli Domino’s Pizza dan kemudiannye terus ke rumah adik aku di Damansara Damai…. Sajelah bawa buah tangan untuk mereka… Konon nak singgah beli McD, tapi bila difikirkan diaorang selalu sangat makan McD sebab rumah depa dekat jer dengan McD…. So, tukar seleralah….

Kali ni aku order Pizza Tuna Temptation dengan Extravaganza… Dua2 nye large…. Maklumlah beli 1 large pizza dapat free satu lagi large pizza…. Berbaloi2 kalau ada member card…. Tunggu 15 minit dah siap…. Dah boleh makan dah…..

Dalam entry pasal Domino’s Pizza yang lalu aku ada kata yang kalau pizza tak siap dalam 15 minit, kita akan dapat potongan harga RM5.00 kan…. aku silap sebenarnye dapat voucher RM10.00 kalau depa lambat…. Sorry silap information….. Satu lagi information, outlet Domino’s Pizza kat Taman Tun Doktor Ismail (TTDI) ini akan berpindah ke Damansara Perdana mulai Januari 2010 ini…. Lagilah dekat dengan rumah aku…. Tak perlu lagi ke TTDI…. Tapi sebenarnye aku tak berapa suka kat Damansara Perdana sebab lokasi dia kurang strategik, parking susah sikit berbanding dengan TTDI…. kalau kat TTDI kita boleh park kereta kat luar2 area situ, tapi kalau kat Damansara Perdana susah nak park luar sebab jalan tersebut merupakan jalan utama untuk ke IKEA area…. maknanye terpaksa masuk ke dalam kompaun parking depan kedai tersebut…. Masalah2 jawabnye….