Tiba juga masanye untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Senilukis Dan Senireka Grafik (Kepujian) (Seni Reka Grafik)…. Bukan aku yer…. Kalau aku dah berkarat dah sikit, kena polish lebih…. Kalau 2 tahun, aku mahunye 4 tahun…. Dah sama dengan diploma aku sebelum ni…. Hari ni pagi2 lagi aku, wife dan adik aku Anor ke UiTM Shah Alam untuk pendaftaran…. Alhamdulillah berjaya juga adik aku melanjutkan pelajarannye…. Dan nasib baik juga dapat di UiTM Shah Alam…. Takut juga kalau dapat di UiTM Sri Iskandar… Dahlah jauh, takut aku tak dapat uruskan dia jer…. Maklumlah tahun 2010 ni merupakan tahun yang akan menyibukkan aku…. sekarang ni pun dah start sibuk…. Sabtu dan Ahad pun kena kerja….

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi, so aku keluar awallah dari rumah…. Sampai area Shah Alam dalam pukul 8.00 pagi…. Punyalah panjang Q untuk masuk ke UiTM Shah Alam…. Untuk tiba kat pintu utama jer hampir 1 jam setengah…. Itu pun bukan boleh bawa kereta ke dalam fakulti, kena tinggalkan kenderaan di padang kawad, kemudian naik bas UiTM yang disediakan… Nasib baik bas banyak, so takdelah menunggu…. Ok juga sistem pendaftaran UiTM…..

Jalan Seksyen 7 hari penuh sesak untuk ke pintu masuk Pusat Bahasa UiTM…. Nak buat macamana, dah namanye pendaftaran… Bukan aku sahaja yang nak daftar, seluruh Malaysia apa…. So, kena banyak sabar…..

Inilah Fakulti Senilukis dan Senireka UiTM…. Tempat adik aku Anor daftar hari ni…. Dia kat dalam tengah uruskan hal2 pendaftaran…. Aku dengan wife aku tunggu kat luar…. Ramai betul budak mendaftar hari ni….

On the way balik dari tempat pendaftaran untuk menaiki bas semula…. Bas ke padang kawad untuk balik dah…. Tapi sebenarnye nak ke rumah sewa dia pulak… nak beli almari dan ambil kunci rumah…. dan hantar barang2 lain….

Dah lama aku dan wife tak naik bas…. Lagi2 naik bas UiTM…. Masa belajar dulu jer last sekali…. Banyak perubahan yang berlaku dalam UiTM Shah Alam…. Banyak bangunan baru dibina dan sedang dalam pembinaan…. Tempat aku eksiden motor dan tempat kawan aku meninggal dulu pun dah naik bangunan….

Dalam perjalanan bali tu, aku lalu depan fakulti aku dulu…. Iaitu Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) UiTM…. Kat sinilah tempat aku belajar dalam kursus Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah (Perancang Bandar)…. Banyak sungguh kenangan kat sini….

Pusat Komersil Seksyen 7, rumah sewa adik aku kat sebelah atas…. Kat sinilah dia akan duduk dan berulang ke UiTM setiap hari mulai Isnin ini…. Satu pengalaman baru untuk ditempuhi…. Kat sini dekat sikit dengan UiTM dan banyak kedai untuk student terdapat kat sini… so, takdelah ada masalah sangat untuk menyiapkan assignment…. Semua jenis kedai ada di sini…. Takdelah kelang kabut aku bawa dia pergi printlah, beli barang belajarlah macam dulu di Sepang….. Sekarang ni pandai2 lah dia bawa diri…. Settle semua urusan dalam pukul 2.00 petang…. Bawa dia balik rumah aku dulu….. Esok pagi baru hantar dia semula ke UiTM untuk sesi taklimat dari pengurusan UiTM dan fakulti….. Taklimat esok bermula pukul 8.30 pagi, maka pagi2 lagi aku akan ke Shah Alam semula….. UiTM Di Hati Ku….