Akhirnye dapat juga aku menonton movie yang aku tunggu2 tahun ni…. Walaupun tak dapat tengok awal, namun aku berjaya juga tengok pada hari terakhir filem tu ditayangkan…. Tak lain tak bukan filem ‘AVATAR’….

Kali ni aku pergi seawal pagi membeli tiketnye…. Tapi nak tengok pada waktu petangnye…. Beli awal… itupun dah nak penuh dah…. 2 pawagam tayang serentak…. last sekali midnight…. lewat sangat…. aku beli pukul 5.15 petang…. Ambil wife aku awal sikit hari ni….. Aku bertiga pakat tengok termasuklah adik aku Anor…. dia tak berapa minat sangat nak tengok…. tapi kalau ada Rain segar mata dia….

Waktu ni pukul 4.45 petang… lengang jer kawasan pawagam…. Sebab hari bekerjakan…. Takdelah kelang kabut sangat rasanya…. Time ni nombor pawagam belum lagi menyala…. So, lepak2 kat luar sambil makan popcorn…. makan punya makan dah tinggal 3/4 dah…. belum masuk lagi…. hehehe….

Dah tak ramai orang so, mulalah giler snap gambar sendiri…. termasuklah wife dan adik aku Anor…..

Wife aku siap beli air dengan bekas minuman Avatar lagi…. beli 2 set lagi tu…. satu lagi kat Anor…. Sebenarnye aku yang suruh, fanatiklah katakan…. Kalau aku tak sibuk beberapa minggu ni, dah pasti aku tengok Avatar ni 2 ke 3 kali… macam filem Transformers sampai 4 kali…. Sorang2 pun jadi…. Aku peminat setia filem fiksyen….. yang mempunyai special effect yang tinggi mutu pembikinannye….

Peace dari Anor…. Senget dari aku…. Wife aku mana yer…???? Tido kot, hehehehe…..

Yang ni gambar yang aku rakamkan pada pagi tu…. Cinelasure pun belum buka lagi…. Pukul 9.30 pagi aku dah terpacak depan Cathay Cineplex… Sekali tengok main door belum buka lagi daaaa…. yang bestnye tertera kat main door tu, waktu urusan bermula pukul 11.00 pagi…. hampeh….. rasa tak puas hati pulak aku hari tu…. So, aku tanya kat security guard yang jaga pintu Cineplex tu…. Dia kata dalam pukul 10.00 pagi akan dibuka…. Kusss semangat, aku dah kecewa dah time tu tadi…. bila dia kata macam tu, oklah aku tunggu sekejap…. ingat aku jer yang datang awal, ramai juga yang setia macam aku…. Bila buka jer main door, berlari2 diaorang ke kaunter, aku relaks jer sebab aku nak beli sebelah petang….. hehehe…. So, hari tu lepas juga hajat aku nak tengok AVATAR……. Jalan cerita yang menarik dan pembikinan filem yang amat teliti detail…. aku bagi 4.5 dari 5 bintang di langit….. Lepas ni tunggu DVD pulak (pirate jer…) tapi beli yang copy Blue-Ray punya…. puas hati….. Hidup Orang Biru……