Dapat juga aku satu penghargaan dari hasil kerja aku tempohari…. Komen yang datangnye dari Pengarah Urusan Munif Hijjaz Sdn. Bhd. (Perfume) iaitu Encik Malek Bin Manap…. Tak sangka pulak dia baca aku punya blog… malulah pulak rasanye…. Dahlah hal kehidupan aku ada dalam blog ni…. Nama blog pulak lagilah entah apa2 nama….

Aku dah lama tak memblog, terlampau sibuk sekarang ni…. Banyak kerja dan urusan yang aku kena buat…. Rasa tak tercukup tangan rasanye sekarang ni…. Tapi setiap hari aku tetap juga buka blog kesayangan aku ni…. walaupun tak berapa best…. tetiba ruangan komen tertambahlah pulak komen dari Encik Malik ni…. Ucapan terima kasih dari pihak syarikat kepada aku setelah menyelesaikan tugasan photography Pra-Pelancaran Munif Hijjaz Perfume pada 26 Disember 2009 yang lepas….

Gambar2 aku ini diguna pakai untuk tujuan promosi produk di akhbar2 tempatan…. Yang dah keluar dalam akhbar iaitu Akhbar Cosmo, yang lain menyusul kemudian…. Tapi aku sendiri pun tak tengok lagi gambar tersebut…. Oklah satu peningkatan untuk diri aku….. Terima kasih sekali kepada pihak Munif Hijjaz Sdn. Bhd. kerana memberi peluang bekerjasama dengan pihak anda…. So sesiapa yang berminat untuk mendapatkannye, try masuk dalam blog ni : munifhijjazklang.blogspot.com…. Member saya punya ni…. Apa2 pun untuk pihak pengurusan, Toche2…..
Advertisements