Aku rasa dah macam KETAM ni dah, jenuh untuk keluar dari pasir pantai…. Berusaha untuk melepaskan dari segala masalah dan pelbagai kekangan yang melanda…. Dari menguruskan urusan keluarga dan terpaksa mengenepikan urusan kerja…. Alhamdulillah rezeki aku tahun ni agak baik walau pun tidak seperti yang aku harapkan…. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat…. Rezeki dari Allah untuk hambanye….
Blog pun aku terpaksa tinggalkan untuk beberapa minggu, rasa bersalah pun ada dengan blogger2 aku selama ini…. Korang tetap masuk ke blog aku mengharapkan ada sesuatu cerita yang boleh dikongsikan bersama…. Tapi tetap cerita yang lama atau yang dah basi…. Itu pun autopublish…. Aku harapkan bulan depan, kehidupan aku akan teratur semula…. Selain itu juga, kesihatan aku kurang mengizinkan aku untuk mengharungi kehidupan aku seharian…. Badan terasa sangat lemah dari biasa…. Pelbagai ubat aku telan untuk meredakan keadaan…. Mungkin kerana perjalanan aku sekarang membuatkan aku lesu dan letih yang amat sangat….
So, harapan aku sekarang pada bulan Februari 2010 ini memberikan perjalanan kehidupan aku sekarang ni lebih mudah dari yang aku harungi pada bulan Januari ini…. Maklumlah nak tambah umur lagi bulan Februari ini…. Aku akan kembali memblog sekiranye segala masalah dan halangan dapat aku selesaikan dengan segera…. Insya-Allah….