Februari 2010….. Bulan yang sentiasa akan menambahkan umurku setiap tahun…. Tinggal 5 hari jer lagi untuk aku menyambut ulangtahun ke-34 hayat ku di dunia ini….

Tahun ni aku tak sedar yang ulangtahun aku dah nak sampai dah…. Sedar2 5 hari jer lagi…. Bila dikenang semula pada masa2 yang lepas, cukup ker amalan ku kepada tuhan, cukup ker tanggungjawabku kepada keluarga2 ku, cukup ker kerja2 yang aku lakukan setiap hari dan yang paling penting, sampai ker hayat ku untuk ke 10 Februari 2010 ni…. Macam2 yang aku terfikir….
Takpe aku akan buat countdown mulai hari ini… untuk mencapai umurku ke -34…. Adakah bila countdown terhenti, adakah aku sudah tiada lagi…??? Itu aku tak pasti, yang pentingnye aku akan lakukan segala tanggungjawabku untuk keluarga ku selagi nyawa dikandung badan…. Agar aku tidak menyesal di sekelian hari…..