3 hari lagi…. Aduh berdebar2 pulak rasanye…. Walaupun korang tak dapat rasa apa yang aku rasakan sekarang ni….. Kadang2 tu jantung berdenyut2 bila mengenangkan hari ulangtahun aku tahun ni…. Terasa kelainan sangat berbanding tahun2 yang lepas….
Akan tetapi bila mana melihat wajah kedua ibubapa ku, aku bersemangat semula untuk mengharungi kehidupan ini…. Rasa bersalah pun ada, adakah aku cukup menjaganye buat masa ini…. Atau aku telah abaikan mereka, tapi itulah kewajipan yang aku pikul dan aku tatang sehingga kini…. Adakah aku cukup memberikan mereka pulangan jasa yang telah mereka lakukan untuk membesarkan aku selama ini….??? Adakah berbaloi dengan apa yang aku sumbangkan setakat ini….. Semuanye itu bermain di fikiran aku ketika ini….
Bagaimana dengan tanggungjawab/sumbangan aku dengan adik-beradik aku setakat ini, itu juga bermain di fikiran sejak kebelakangan ini…. Apa2 pun ibubapa, aku dahulukan…. Agar tidak menyesal di lain hari…. Bila sudah terlambat, tiada berguna….