Terpaksa Buka Cyber Cafe…!!!! Yang ni adalah sambungan dari entry yang lepas… Lepas jer dari membeli iMac untuk kawan aku Bert, iMac dia terpaksa diserahkan semula kepada aku…. Sebab2nye adalah kerana untuk installation beberapa software dan juga buat partition….

Dah macam cyber cafe dibuatnye rumah aku…. Hehehe…. sementara pakarnye ada, adik ipar aku EE…. kalau nak harapkan aku jawabnye lambatlah….. Untuk pengetahuan korang, komputer Apple ni bukan sahaja cuma boleh menggunakan operating system dia sahaja, tetapi kita boleh buat 2 operating system…. Itupun setelah dibuat partition…. Ramai yang ingatkan cuma operating system sahaja kalau pakai komputer Apple…. Macam iMac aku dengan Bert, kami ada 2 OS iaitu OS x Snow Leapard dan Windows 7 kalau nak pakai OS windows…. Takde masalah kalau kita tak mahir lagi menggunakan Mac…. So, kita boleh belajar sikit demi sikit penggunaan penggunaan OS Mac….

Termasuklah Bert, pada mulanye dia tak tahu boleh guna juga OS Windows dalam komputer Apple…. Bila dengar aku kata boleh lagilah hati dia menggelodak nak membelinye…. Hehehe… Baik punya cucuk…. So, dalam beberapa hari tu, kalau korang datang rumah aku sekali tengok dah macam cyber cafe dah rupanye…. setelah semuanye settle dan setelah beberapa hari testing period dilakukan, iMac Bert aku bungkus balik kepada keadaan asal…. Orang punya kenalah jaga…. Buatnye apa2 hal nanti tak pasal2 aku yang kena ganti…. pokai den nanti….