Macam nilah rupanye WORK STATION aku sekarang ni…. Berwajah baru… Lebih kemas dan bersih sekali pandang… itu belum dua tiga kali pandang tu…. Macam2 yang boleh dilihat nanti… Kalau nak lihat dengan lebih dekat sila click gambar tu… Kalau bolehlah….

Aku lebih sukakan kekemasan sebenarnye di atas meja kerja aku…. Aku tak suka bersepah2 sebab kerja2 aku melibatkan penggunaan kawasan yang luas sebab melukis pelan bersaiz besar… Dan kebanyakkan pelan rujukan aku dalam saiz A1 atau A0….

Kalau dah saiz macam tu, dah pasti meja akan bersepah2… Kalau dah meja bersepah ditambahkan lagi dengan pelan pelan2 tersebut, silap2 monitor pun tak nampak…. Tapi apa2 pun memang aku jenis yang tak suka sepah…. Aku mengutamakan kekemasan…. Tak serabut kepala…..
Dengan iMac baru aku, penggunaan ruang amatlah minimum…. so, kuranglah penggunaan space atas meja… Lagi2 keyboard dan mouse nye wireless, langsung tak nampak apa2 atas meja… aku suka….. Kalau boleh semua alatan lain taknak ada wayar, tapi nak buat macam mana, dah macam tu tersuratnye peralatan elektrik sekarang ni…. Oklah macam nilah WORK STATION aku untuk sekarang ni….