Ni minggu lepas punya hal…. Aku ke One Utama saje jalan2 melayan perasaan dan window shopping kejap… Walau pun badan tak berapa nak sihat… Layan jer wife aku dengan adik aku…. Tujuan ke sana bukannye apa, sebab nak makan Nando’s…. Itu sahaja tujuan utamanye… lama tak makan…. Dalam masa yang sama mata pun cuci2 jugalah apa yang ada… Terlalu pulak kat depan kedai telefon…. Alamak aku dah nampak dah apa yang aku nampak… ayat…!!!

Dan aku juga nampak apa yang adik aku Anor tak nampak… hehehe… faham tak ayat aku…. Adik aku rabun jauh so, dia tak nampak sebenarnye apa yang ada dalam kedai telefon tu…. Cuma dia nampak word brand LG jer kat kedai tu…. Contoh2 model phone LG tu dia tak nampak…. Dia kata nak singgah kejap…. Aku kata balik nantilah baru singgah, kita makan dulu….

Lepas makan tengahari kat Nando’s tu, kitaorang jalan2 kejap kat dalam One Utama… satu lagi tujuan utamanye, wife aku nak survey cover iPhone dia kat Outlet Apple, Machines…. Yang aku pulak survey sesuatu juga kat Machines untuk projek akan datang….. Dapatlah satu cover yang wife aku nak tu…. aku tak dapat apa2 lagi…. hehehe….

Settle di kedai Apple, kitaorang jalan2 lagi dan lepas tu gerak balik ke arah parking…. Alamak adik aku dah tuntut nak masuk juga ke kedai telefon tu…. Habis aku kalau dia nampak…. Sebenarnye dia nak cari satu model phone LG dari tahun lepas lagi… Tapi model tu tak masuk2 lagi ke Malaysia…. Model LG GD580 Lollipop…. Bila dia nampak punyalah dia punya excited… dah macam budak kecik pulak aku tengok perangai dia…. Habis satu kedai customer pandang, ceh bikin jatuh saham aku yang tak berapa tampan ni…. Untuk puaskan hati dia, aku minta orang kedai tu tunjukkan contoh yang ada…. Agak menarik juga phone tu, very2 graphic, very2 Korean type dan banyaklah lagi very2…. Bila dah puas hati tengok, aku kata kumpul duit dulu lepas tu baru beli….

Haaa nampak tak, siap boleh create nama sendiri… kiranye boleh custom design apa 2 sahaja… Ikut kreativiti masing2…
Sambung balik, lepas keluar kedai tu, dia tersengih2 macam kerang tak cukup busuk… Apalagilah dia nak, tengok dah tengok dah, belek dah belek dah…. Tersendeng2, terjulok2, terjeliaq2…
Chilabaey’s : “Engko nak apa ni…???”
Anor : “Beli boleh..??”
Chilabaey’s : “Mana duitnye…. Habaq mai…????” (apasal aku cakap Kedah ni….???)
Anor : “Pakai abang punya duit dululah….”
Chilabaey’s : “Amboi senang hati engko jer….”

Lepas tu aku bincang dengan wife aku, satu keputusan telah diambil, padahal dah nak ke parking dah…. Patah balik ke kedai tu…. Mamat promoter tu terus tanya aku nak color apa…??? Amboi macam faham2 jer…. Adik aku pilih color pink…. itu color originalnye….. Harga lagi RM1.00 ke RM800.00…. habis melayang duit aku tengahari tu…. Tapi bila dicomparekan dengan features yang ada, range harganye memanglah murah sebab ianya 3G phone lagi dan macam2 lagi di dalamnye…. Kalau phone 3G lain dah sah lebih RM1000.00 dah…. Lagi satu ianya model terbaru yang baru masuk Malaysia….. Agak puas hati jugalah dengan pembelian kali ini….

Lepas jer dari kedai tu, aku bergegas balik sebab kawan aku Bert datang rumah…. Dah sampai kat lobi dah…. Nasib baik rumah dekat, so takde masalah sangat untuk sampai….. Kopak aku bulan ni…. Hampeh punya adik… Kalau tak belajar pandai2 tak tahulah… Apa kehendak dia, aku tunaikan… Cuma kehendak aku dengan dia masih belum selesai…. Diploma hari tu, Alhamdulillah sangat2 sukses, sekarang ni Degree pulak….