Apa ada dengan duit sebenarnye…. Zaman sekarang ni manusia giler2 mengejar kemewahan dan wang ringgit… Tak kira samada dengan usaha sendiri atau dengan mengambil keuntungan dari orang lain…. Lagi2 kalau duit datangnye dari kegiatan kurang sihat…. Aduhhh seramnye aku…
Pelbagai sumber kewangan boleh kita perolehi sekarang ni, tapi kalau takde usaha dan kesungguhan pun, wang tu bukannye datang bergolek kat kaki kita…. Bagi aku sumber kewangan aku datangnye :

1. Dari kerja yang aku ada sekarang ni, Penolong Pegawai Perancang Bandar (swasta)…
2. Selain itu dengan kerja2 part time aku iaitu dari projek melukis pelan perancangan
bandar (selalu dapat), pelan dengan Majlis Berkuasa Tempatan di Malaysia(jarang2
dapat, setahun sekali @ dua)…
3. Juga dari kerja2 part time aku sebagai photographer (selalu juga dapat)…
4. Dan selain itu juga aku dapat juga sumber kewangan dari business wife aku,
business tudung muslimah melalui blog [http://penguinzigloo.blogspot.com]
(agak maju juga sejak setahun ni, sebab pakai kaki2 di merata negeri terutamanye
Perak, Selangor dan Kuala Lumpur)…

Macam tulah rezeki aku dimuka bumi ni…. Sementara Allah memberikan kita rezeki sebenarnye…. Janji ada usaha…. Rezeki yang diberikan ini adalah untuk menyara kehidupan keluarga dan juga menjaga kebajikan ibubapa aku sebenarnye…. Tapi tanpa restu dan keizinan mereka wang kita perolehi ini sukar untuk mendapatkan keberkatan…. Duit itu akan berlalu begitu sahaja tanpa kita perolehi sesuatu pun… Habis macam tu jer…. Bendanye kita tak nampak…. Doa dari kedua ibubapa kita itu penting dalam menjalani kehidupan kita….

Aku sering terfikir dalam kotak pemikiran aku, adakah usaha aku ni cukup untuk memberikan kebajikan kepada kedua ibubapa..?? Adakah mereka puas dengan apa yang aku telah berikan sekarang ni…. Atau masih belum setimpal dengan apa yang mereka korbankan kepada kita, dari sebesar ibu jari sehinggalah sekarang…. Adakah aku telah mengabaikan mereka…??? Aduiii berdegup jantung aku ketika ini….

Aku rasakan banyak kekurangan lagi aku dalam menguruskan mereka sebenarnye…. Lagi2 setelah mereka berada di kampung…. Apa2 pun aku telah berusaha untuk menjaga mereka sepanjang hidup aku ini, cuma aku akan tambahkan lagi usaha untuk memberikan kebajikan kepada mereka, selagi mereka masih ada….

Dalam masa yang sama, aku perlu juga ruang untuk diri aku mengatur langkah dan menjaga kesihatan aku…. Pada diri aku sendiri, sebenarnye aku telah abaikan banyak perkara…. ini sebab aku ini lebih mementingkan keluarga dari diri aku, banyak benda yang aku lupa lakukan…. Aku lupakan akan kesihatan aku, dan aku pentingkan orang lain dari diri aku sendiri… Itulah hakikatnye kehidupan aku sekarang ni…. Sebenarnye aku rindu dengan ibu dan bapa aku sekarang ni….