Setelah 17 tahun terpisah, akhirnye aku bertemu juga kawan2 lama aku semasa di Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur…. SPM 1992/93.… Pengurusan Perniagaan (Business Study)…. Bila dikira2 terperanjat juga, lama betul…. Dari kiri : Amril Nizam, Chilabaey’s, Khairul Izany, Herizal Jaafar, Pasupathy dan Iskandar…. Sebenarnye ada beberapa lagi budak2 lelaki yang tak dapat hadir…. Yang ni my best2 friend dulu….
Yang ni semasa di tingkatan 4, guru Bahasa Inggeris kami menang peraduan silang kata surat khabar The Star…. Aku dengan Herizal yang tolong angkatkan…. Kurus betul aku time ni…. Makan catu, budak asramalah katakan…

Yang nilah barisan pelajar2 Kelas Tingkatan 4 – Pengurusan Perniagaan dalam kelas aku…. Yang perempuannye banyak aku dah lupa nama dah… Mana yang rapat dengan aku tu aku ingatlah samapai sekarang….. Makwe aku time dalam kelas ni sahaja ada 3 orang (2 melayu dan 1 cina)… hehehe… jangan marah…

Inilah barisan kami yang terkini…. Makin bertambah semuanye terutamanye bahagian perut…. Sangat2 gembira aku time ni, maklumlah bertemu semula…. Masa yang sangat2 aku tunggu, sebenarnye secara kebetulan diaorang chatting dalam Facebook…. Diaorang rancang dan akhirnye berjaya… macam aku, aku ikut jer….

Aku ni dah macam artis dah time tu, sebab member perempuan aku semuanye cari aku…. Wife aku sengih jer dari jauh… sorrylah abang ramai peminat…. hehehe…. Sebab aku yang paling mendiamkan diri selepas SPM dulu, tiba2 tahun ni muncul…. Contact pun setakat sorang dua….

Perjumpaan kali ini adalah sebagai perjumpaan mukadimah antara kami pelajar2 Sekolah Vokasional Setapak… Akan ada lagi pertemuan akan diadakan  selepas ni…. Ketua dah dipilih dan persidangan sahaja akan dibincangkan lagi….

Sebenarnye diaorang dah sampai lama dah, aku pulak ada hal kerja time tu…. dan yang menjadi masalahnye lagi sesat barat di dalam Putrajaya… Nak mencari Alamanda punya pasal… Bodoh betul Putrajaya punya signboard, tempat yang menjadi tumpuan orang ramai boleh langsung takde signboard arah… Bila call kawan2 tanya percint berapa rupanye Persint 16…. Hampeh… Bila dah sampai Persint 16 baru ada signboard Alamanda, itu pun kecik jer…. Dekat 1 jam setengah aku berpusing mencari….. Wife aku dah nak muntah2 dah…. aku pun yang memandu pun sama…. Kalau ikutkan aku dah nak balik dah sebab pukul 3.30 petang aku ada job photography dengan Munif Hijjaz pulak kat Shah Alam…. Kalau tak disebabkan kawan2 call suruh jugak datang, aku dah cabut balik dah….

Yang ni kawan satu dorm aku dulu, aku panggil dia Chinot nama betul dia aku dah lupa…. Dulu kecik jer orangnye…. bawah bahu aku jer…. sekarang dah besar…. Dia yang datang ke aku time tu, dari jauh aku dah perasan dah dia….. Dia ni dari Kelas Batu Bata a.k.a Binaan Bangunan…..

Senyum simpul kegembiraan…. Cewah…. Berborak dengan kawan2 lama….

Di luar pusat bowling Alamanda…. Mula2 tadi semuanye kat dalam…. bila dah sorang start duduk luar jadi semuanye keluar lepak…. Agenda perjumpaan time tu, minum2 sambil borak2 dan main bowling…. Tapi memandangkan aku terpaksa bergegas ke Shah Alam pukul 3.30 petang terpaksalah aku balik dulu… Aku cuma dapat berjumpa dengan diaorang selama 40 minit jer… sayang sungguh…. takpe lain kali pastinye jumpa lagi….

Yang ni dari kawan2 perempuan kelas aku dulu….. Dah beranak pinak depa ni…. hehehe….

Gambar beramai2 tanda kenangan untuk julung kalinye Reunion Bekas Pelajar Sekolah Vokasional Setak, Kuala Lumpur diadakan…. Kehadiran yang dijangka seramai ni untuk kali pertama….. Bagus juga Facebook ni…. Insya Allah akan berkumpul lagi kami selepas ni…. Mungkin ramai lagi akan datang selepas ni… Kawan2 lama ku, aku sangat seronok dapat berjumpa korang semua…. Jangan lost contact lagi….