Aku dah lakukan pada tahun lepas tentang Kempen 60 Minute Earth Hour…. Tahun ini akan berulang kembali… Tarikh seperti yang tertera…. Dan masanye sama juga pada tahun lepas….
Kalau dirasakan sekarang ini tentang kepanasan cuaca, ramai yang mengeluh… :

Manusia 1 : “Panaslah hari ni, hujan kejap jer…. Cubalah hujan lama2 sikit….”
Manusia 2 : “Ya-Allah panasnye petang ni….. Bilalah nak hujan….”
Manusia 3 : “Hujan lebat, tapi petang jer baru nak turun….”
Manusia 4 : “Hitamlah kulit aku, dahlah aircond tak sejuk….”
Manusia 5 : “Sejak akhir2 ni panasnye Ya-Allah, tuhan jer yang tahu….”

Keluhan dan rungutan dari manusia2 ini berada di kalangan kita, kawan2, saudara mara dan sesiapa sahaja…. Time sejuk takde pulak nak puji atau bersyukur…. Semuanye ini adalah kekuasaan Allah SWT… Dia telah menentukan dan mencipta segala keadaan sekali pun… Cuma kita sebagai umatnye harus berusaha untuk memelihara dan melindungi apa yang telah diberikan kepada kita sebenarnye…..
So, apa salahnye kalau kita sama2 mengikuti kempen yang anjurkan tak berapa lama lagi ni…. Tak mendatangkan kerugian langsung kalau kita join sekali…. Aku dah lakukannye tahun lepas, apa kata tahun ini kita lakukan bersama2…. Tak lama cuma selama sejam sahaja…. Banyak manfaat yang akan kita perolehi dari kempen ini… Cubalah…. Jika renungkan keadaan Bumi kita sekarang ni, telah banyak yang berubah…. Cuma kita sahaja yang boleh mengubahkannye….

Apa tunggu lagi, ikut aku yer, join sekali nanti…. Tapi aku akan tambah 1/2 jam lagi atau lebih lama….. Sekadar bonus untuk Bumi kita ini…. Insya-Allah….