Dah dekat 3 minggu lebih aku dalam keadaan tidak berapa sihat…. Semua penyakit bulan ni aku rasakan…. Bermula dengan sakit mata, sakit dada, sakit tekak, sakit pinggang, kahak berdarah dan dalam minggu ni aku demam, batuk yang kuat, selsema, migrine dan sakit pinggang semula…. Adui…. Sedih2 …. Semua aktiviti aku tergendala…. Bila nak baik jer sambung pulak penyakit lain…. Kalau ceritakan kat boss mesti tak percaya punya…. 

Semalam aku ke klinik lagi untuk sambung ubat… kali ni ubat aku bertambah lagi… serta MC aku bertambah lagi…. Banyaknye ubat tu dah macam makan nasi dah rupanye… Urat perut dah bengkak dan kadang2 tu kejang sebab batuk kuat… Urat leher pun sama…. Kepala pun sakit yang amat sangat….Rasa macam nak meletup pun ada…. Lagi kena aircond, adui tak boleh tahan…. Batuk aku ni bukan disebabkan keadaan tekak yang luka ker atau melibatkan paru2 menurut doktor semalam….. Tapi keadaan tekak yang gatal di bahagian dalam kulit…. Paru2 aku ok, tapi sebab batuk takut paru2 bengkak pulak…. mak aii serius ni…. Dah beberapa malam aku takleh tidur…. pukul 4.00 pagi masih lagi belum tidur disebabkan batuk….

Ini lah teman aku sekarang, pelbagai ubat2an yang aku terpaksa makan…. Kalau tak baik lagi, ada satu lagi ubat yang belum diberikan…. Dulu aku ada buat entry tentang ubat tersebut…. Entry: Cuba Teka Ubat Apa..??? Ubat tu memang power, tapi rasanye Masya-Allah pahitnye….!!! Aku kena banyak minum air dan tekak sentiasa dalam keadaan basah…. Yang tak tahannye kalau batuk sekarang ni, urat2 leher aku macam nak putus rasanye….  Aku kalau batuk memang susah nak baik…. Huhuhuhu….