Kan aku ada ceritakan tentang entry aktiviti aku sekarang… Iaitu entry ‘Lama Tak Membelanye…!!!’ tempohari… Cakap dalam bahasa Kedah : “Ni saya nak habaq mai pada hampa, ikan2 saya dah banyak yang arwah… nak tak pasai apa…??? Pasai saya terbagi lebih makan…..”

Takdelah, aku bagi ikut jadual…. Tapi tak tahulah sebab apa… mula2 tu seekor jer yang mati…. Lepas tu tiap2 hari sekor2…. Nak kata tak bagi makan, dah berlebih2 aku bagi… Nak katakan airnye tak juga…. Memusykilkan aku betul…. Buat keputusan untuk ganti semula air…. Tapi sebelum tu aku buat siap2 air untuk diganti… air yang dimasukkan anti-klorin dan sedikit garam mineral…. Simpan dalam beberapa jam untuk meneutralkannye….

Tapi hari tu aku ke Damansara Damai, kawasan rumah lama aku…. Nak cari barang sikit dan nak jengok rumah lama, apa cerita…. Kebetulan kedai yang aku singgah tu berhampiran dengan kedai menjual ikan dan akuarium…. Apa lagi laju jer wife aku masuk… Nombor satunye laju jer masuk sebab nampak kucing persian…. banyak betul… cantik2 untuk dijual…

Lepas usik2 kucing tu, baru masuk dalam kedai tersebut… Banyak juga jenis2 ikan yang dijual dalam kedai tersebut…. Aku tak pernah singgah pun kedai ni dulu…. So, untuk menggantikan ikan2 aku yang dah kembali ke rahmatullah tu, aku beli 3 jenis ikan lagi dari spesies yang lain dari yang dibeli sebelum ni…. Setiap spesies wife aku beli 6 ekor… Termasuklah 10 ekor udang jernih yang diberi percuma oleh tokey kedai tu….

Sebab tulah tajuk aku kali ni main nombor2 tu… Macam cikgu Matematik…. Ikan mula2 aku beli sebanyak 17 ekor, tolak yang dah arwah 12, kemudian aku beli yang baru lagi 18 ekor… so, ikan aku sekarang menjadi 23 ekor…. Kringggggggg, kringgggg (bunyi loceng sekolah)…. “Bangun…!!! Terima kasih cikgu….!!!!”…..