Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi @ nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.. 

Aku dapat berita ni pada pukul 1.30 pagi tadi dalam Facebook Afdlin Syauki…. Terperanjat sungguh aku… Memang beberapa hari ni aku sentiasa mendengar Radio Era untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai beliau… Dan pagi semalam dalam radio Era ada menyatakan yang arwah dalam keadaan kritikal di ICU…. Terus aku panjatkan doa supaya beliau terus berusaha melawan penyakit yang dihidapnye secara tiba2 tu… 

Akhirnye Din Beramboi telah menghembuskan nafas terakhirnye pada pukul 12.30 malam tadi…Ucapan takziah buat keluarganya.. Tiada lagi suaranya serta lawaknya di Radio Era.. Peneman aku dalam perjalanan setiap pagi sebenarnye….


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.. 


Al-Fatihah…