Pagi tadi aku dikejutkan dengan pemergian Din Beramboi ke Rahmatullah…. Tapi lepas solat Jumaat tadi, aku sekali dikejutkan dengan pemergian atok kesayangan aku…. Itupun semasa aku tengah baca Yaasin lepas solat Jumaat tadi, mak aku call…. Terkejut aku…. Mak aku suruh aku pergi ke rumah arwah atok aku di Cheras…. Terus bergegas ke rumah beliau di Batu 9, Cheras

Contact saudara terdekat untuk mengetahui perkembangan dan cerita sebenar…. Hari ni aku ada appointment  dengan HUKMSo, aku solat Jumaat di sana sahaja…. Nasib baik aku ada kat area sana jadi takdelah jauh sangat nak ke Cheras….. Dalam perjalanan ke rumah arwah atok aku tadi, mak aku call bagitahu yang jenazah akan dikebumi di Batu 18, Kuang pulak…. Aku dah nak sampai rumah arwah atok dah… Patut tak nampak orang kat area rumah dia tadi…. Yang aku tak puas hati tu, rupanya atok aku ni meninggal pagi tadi…. seorang dari anak dia tak bagi tahu, itu pun anak saudara mak aku di Melaka yang call bagitahu….. Itulah masalahnye kalau anak2 tak rapat dengan saudara…. Jadi informasi tak dapat disampaikan dengan kadar segera…. Dan mak aku kata jenazah dah dikebumikan dah…. Sedih aku tak sempat jumpa, perasaan marah pun ada dengan anak2 beliau….

Arwah atok aku ni bukanlah atok sebelah mak atau bapa aku…. Ini adalah atok saudara aku sebelah mak aku…. Aku amat hormat beliau sebab dia pernah menjaga aku masa kecil…. Merupakan ustaz mengaji aku, kalau dia tak ajar dah sah aku ni mengaji pun tak tahu…. Aku panggil dia Atok Aji sebab dia selalu pergi Haji atau nama sebenarnye Idris…. Terkilan sangat aku sekarang ni sebab tak dapat jumpa arwah untuk kali terakhir…..

Gambar ni pada tahun 1988, semasa kenduri apa entah kat rumah aku…. Arwah atok aku yang berada ditengah2 tu…. Mak aku tengah pegang adik aku Anor ketika itu dan bapa aku berada di belakang mak aku… Time ni semuanye masih sihat2 lagi….. Aku panjatkan doa untuk arwah Atok Aji aku dan mengharapkan arwah diletakkan dikalangan orang2 yang beriman…. Serta dipermudahkan perjalanan ke alam akhirat kelak…. Al-Fatihah untuk beliau….😦