Sebenarnye aku menreleasekan tension aku dengan member panjat gunung aku Bert…. Aku berdua jer…. Saje berkongsi masalah dan mencari cara penyelesaian…. Itulah caranye aku dengan member aku aku sorang ni…

Bertolak dari Damansara pukul 4.30 pagi…. Aku naik satu kereta dengan Bert… Dia pick-up aku kat rumah pagi tu…. Masuk Highway Utara-Selatan melalui Tol Sungai Buloh…. Keluar kat Simpang Pulai…. Time tu takde orang sangat… Maklumlah hari Sabtu pagi2…. Petang tu Cina makan besar….

Sampai kat pekan Tanah Rata dalam pukul 7.00 pagi…. Sebenarnye kitaorang bertolak pagi2 buta bukannye apa, sebab nak kejarkan matahari pagi di Gunung Brinchang…. Mula2 tu rasa macam tak sempat jer atau cuaca tak berapa cantik…. Tapi apa yang diharapkan semuanye berjalan lancar…. Bert kata kat aku, “Nasib engko memang baik lah Muz…”…

Kitaorang tiba di atas Gunung Brinchang tepat pada waktunye… Lambat sikit jer…. Setibanye aku di sana aku terperanjat betul melihat pemandangan ciptaan Allah…. Cantiknye pemandangan, tak sangka Malaysia ada tempat2 macam ni…. Ini merupakan kali pertama aku mejejakkan kaki di sini…. Kalau tak kerana Bert, pasti aku takkan sampai….

Bert tengah setting camera…. Memang jarang nak dapat suasana dan pemandangan macam ni katanye…. Inilah peluang yang aku kena ambil bila dah sampai….

Apa2 pun sebelum camera habis bateri, tangkap gambar kitaorang dulu…. Time ni kitaorang panjat menara pandang yang dibina disitu…. Punyalah sejuk, tuhan sahaja yang tahu…. Hidung dan tangan aku dah kebas pada masa tu… Padahal matahari memancar kuat, tapi sebab angin gunung bertiup kuat…. Nak pegang besi tangga pun rasa tak sanggup… sejuk nak mampus….

Dalam kerja2 mengambil gambar pemandangan tersebut, wife aku call tanya dah sampai ke belum…. Dia takde kat rumah pagi tu sebab balik Ipoh… Tu yang aku buat rancangan dengan Bert tu…. Wife aku spent masa dengan keluarga dia di Ipoh, manakala aku pulak spent masa dengan kegiatan sosial aku dengan member…. Itu cara aku dengan wife aku memberi ruang dalam untuk diri sendiri sebenarnye… Kena berjauhan sekali sekala…. 
Korang nikmati pemandangan dari gambar2 yang sempat aku rakamkan di bawah ni yer….

Aku rasa inilah kerajaan langit yang dikatakan oleh Ayah Pin yang hampeh…. Cantikkan… Awan yang menutupi hutan tebal di Gunung Brinchang… Dah rasa macam kita berada di atas langit semasa naik kapal terbang…. Memang cantik sangat2….. Dan pada ketinggian begini, pokok2 kebanyakkannye dari jenis yang berupa bonsai…. Renek2 jer kalau kita tengok….

Dari jam canggih Bert boleh di lihat ketinggian sebenar kitaorang berada time tu…. 1,970 meter dari paras laut dan dengan suhu ketika ini pada 20.6 darjah celsius…. Masa lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi…. Belum lagi subuh2 alam… mahu beku satu badan….

Muka dalam kesejukan… Yang tak tahannye Bert pagi tu, tangan dia menggigil kuat sebab menahan sejuk…. Kelakar pulak aku tengok, pegang camera dah macam orang Parkinson….. Pandai jer aku kata orang, padahal kepala lutut aku pun sama….. Di bawah ni, ada lagi gambar2 yang boleh dikongsi bersama…..

Nasihat aku di sini, bukan nak cadangkan Cuti2 Malaysia kat korang tapi untuk mengingatkan kat korang supaya menjaga dan memelihara alam semulajadi di negara kita ini dengan sebaik2nye…. Tidak semua tempat di nagara luar ada pemandangan sebegini… Dengan kadar pemanasan global yang berlaku sekarang ni, aku rasa kita perlu sentiasa prihatin dengan apa yang ada sekarang ni…. Bukan apa untuk generasi akan datang juga, kalau kita dah takde nanti, anak cucu kita dapat rasanya pulak…. So, lepas ni ada satu lagi entry sambungannye mengenai aktiviti Chilabaey’s di Cameron Highlands…..