Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang lepas tentang Kerajaan Langit… Merupakan hari kedua aku dan Bert di Cameron Highlands yang juga merupakan Hari Raya Cina yang pertama…. Macam biasa kitaorang akan ke pasar di Brinchang untuk cari makan malam…. Kat sini aku seronok pergi sebab bermacam2 barang jualan ada dijual… Nombor satunye sayur2an dan buah2an yang segar…. Kalau buah strawberi jangan cakaplah… Punyalah banyak….. Kalau aku, jarang beli buah strawberi untuk dibawa balik ke KL, kalau makan terus kat sana kira ok… sebab selalu kalau dibawa balik, pasti akan busuk buah tersebut…. Perubahan altitut sebenarnye…. Dulu rajinlah beli bawa balik, tapi bila sampai KL jer mesti banyak yang dah rosak…. 

Yang bestnye malam tu, aku tak rasa langsung hari ni Hari Raya Cina, sebab yang menjual kat pasar tersebut kebanyakkannye bangsa Cina…. Tak kurang langsung gerai2 di pasar tersebut… Lagi bertambah adalah…. Itu semua kerana duit…. Kalau dah pergi pasar tu, macam biasa aku akan mencari jagung (Royal) untuk bawak balik…. Wife aku kirim setiap kali pergi ke Cameron Highlands… Tak pernah miss lagi…. Tapi malam tu, tak ramai yang jual dan harganye terlampau mahal dari biasa….. So, takde lah aku membelinye…. Aku beli makan malam dan kudap2 jer…. Kali ni Bert memang menggila membeli Fridge Magnetic…. Alaaa yang tampal2 kat peti ais tu…. Berpuluh2 jenis dia membelinye…. Ke mana saje tempat yang disinggahnye, kalau ada kedai yang menjual pasti ada aje yang diborongnye…. Aku pun beli juga, tapi kurang sikit, malas nak banyak2 nanti bercalar peti ais aku…. 

Muka kitaorang yang berpuas hati setelah apa yang dihajatkan tercapai…. Dekat pukul 10.00 malam, baru kitaorang balik ke hotel…. Tangan time tu dah penuh dengan plastik beg makanan dah…. Tinggal masa nak menyantap jer…. Malam tu aku fikir kitaorang akan susah nak tidur disebabkan bunyi mercun yang kuat…. Tapi sebenarnye lebih sunyi dari duduk kat KL…. Tak ramai orang membakarnye…. So, malam tu kitaorang dapatlah tidur dengan sewenang2nye…. Ayat, tak hingat…..

Abaikan keadaan bilik ketika ini…. Bert tengah mandi…. Aku sibuk tangkap gambar keadaan bilik kitaorang… Agak selesa jugalah bilik tu… Katil besar satu, tilam besar 2…. Aku ambil yang bawah…. Bert katil atas…. 

Sebenarnye kitaorang menginap di hotel budget jer….. Tapi mahallah juga sehari RM80.00…. Dah tempah 4-5 hari sebelumnye…. Kalau ikut2kan langsung takde bilik kat Cameron Highlands hari tu…. Sebab orang dah banyak tempah sempena Hari Raya Cina….. Sebab last minit aku tak dapat kunci rumah singgah makcik adik ipar aku…. Kunci ada kat Seremban… Silap aku juga tak bagitahu awal….. Kalau tak, dah ada rumah yang selesa seperti sebelum2 ni…. Kalau takde juga bilik untuk disewa hari tu, kitaorang nak berkhemah jer kat Gunung Brinchang…. Tempat yang aku tangkap gambar hari tu…. Last2 dapat juga satu bilik…. Tapi macam tempat stok2 orang beromen jerlah…. Lama juga aku tak tidur tempat2 macam tu…. 

Pagi tu, aktiviti biasa kitaorang kalau sampai kat sini adalah melawat ladang teh kitaorang yang dah lama kitaorang tak lawat…. Ini hari kitaorang bagi cuti kat semua pekerja2…. Sempena cuti Hari Raya Cina… Hehehe… Iyer2 jer… Macam tokeh ladang pulak bunyinye…. Tempat ini tempat wajib kitaorang singgah iaitu Ladang Teh Boh…. Mesti nak pekena seteko teh first grade no.1 dan roti mahal di pagi hari….. Lepas tu baru kitaorang ke satu pasar menjual2 sayur2 dan buah2 segar…. Kalau tak silap aku nama tempat tu Kea Farm….

Macam pelancong dari Italy pulak aku kalau sekali pandang….. Dengan baju sejuknye…. Abis dah sejuk, nak buat macamana…. Inilah Chilabaey’s kalau korang nak tahu…..

Mesin di belakang aku tu adalah mesin pengisar daun teh…. Pengisarnye diperbuat dari keluli gangsa…. Punyalah besar…..

Time ni kat Muzium Teh Boh yang berada di ladang tersebut…. Kat sini pelbagai alatan untuk memproses teh dipamerkan…. Dan terdapat juga kilang teh yang masih beroperasi, dan bagi pelawat2 bolehlah melihat bagaimana teh diproses sebelum sampai ke cawan kita…. Cara yang ditunjukkan masih dalam cara yang lama…. Seorang tourism guide akan menceritakan dan membawa kita dari satu seksyen ke satu seksyen cara2 teh diproses…. Agak teruja juga aku time ni sebab dah banyak kali datang, tapi tak pernah pulak hati nak masuk muzium tersebut… Kali ini aku dan Bert luangkan juga masa untuk join tourism guide tu….
Dalam pukul 1.00 tengahari, aku dan Bert bertolak balik ke KL…. Hotel pun dah check out pagi tadi sebelum ke ladang teh ni…. Singgah pasar kejap beli apa yang patut… banyak juga kali ni aku membeli….. Ramai pulak yang mengirimnye….. Penuh tempat duduk belakang kereta Bert….. Nasib baik sorang lagi member Cameron aku tak ikut…. Masa kitaorang balik tengahari tu, punyalah banyak kereta baru nak naik ke Cameron Highlands…. Trafik jam teruk, berkilo2 meter… Tak bergerak langsung… Ambil engko, sapa suruh hari ni baru nak naik…. Yang kitaorang turun relaks jer… langsung takde kenderaan…. Sampai KL dalam pukul 4.00 petang…. Itu pun sebab singgah kejap kat Sentul, Bert hantar barang yang dibeli di rumah mak dia…. Kemudian baru ke Damansara hantar aku…. Insya-Allah satu lagi jadual baru untuk ke Cameron Highlands akan diaturkan… Samada dalam hujung bulan ni atau bulan Mei ni…. Aktiviti orang2 bujang jer kot…. Para2 wife sila tinggal di rumah yer…. Hehehehehe…..