Sepanjang aku berada dalam dunia blogspot ni… Banyak pengalaman serta maklumat yang aku terima dan dapat dari blog2 orang lain…. semuanye berpunca dari cetusan idea adik aku Azu… Dia punya blognye sendiri dan aku pula mencubanye selepas tu… Pada mulanye sekadar suka2, umpama menulis cetusan rasa di buku diari…. Tapi bila mempunyai pembaca dan mereka mengikutinye dalam blog aku ni, semangat untuk memblog dan berkongsi pengalaman sendiri kepada orang ramai mulai berputik… Cewah ayat, tak hingat….
Seorang demi seorang memfollow aku… Boleh ker pakai perkataan tu….??? Dan akhirnye aku mejadi blogger tegar… macam penagih tegar jugalah… Kalau sehari tak dapat buka blog aku, rasanye mengelabah semacam…. pelbagai cara untuk membukanye juga…. Perkara utama aku akan semak adalah komen2 dari pembaca blog aku… Pasti ada walaupun tak ramai seperti blogger tegar yang lain… Mungkin blog aku ni membosankan atau cara penulisan aku yang entah apa2…. Dah namanye blog, aku anggap seperti diari ‘live‘ aku untuk diri aku…. banyak komen yang membangun serta pujian yang aku terima… Selain itu kata2 semangat juga aku terima semasa aku dalam kegusaran, semua itu amat2 aku hargai sepenuh hati…. Dengan itu juga aku gunakan untuk memperbaiki diri aku untuk mengharung kehidupan aku seharian… Terima kasih sekali aku ucapkan….
Terlalu ramai blogger yang aku ikuti setiap hari… Dan terdapat segelintirnye yang wajib untuk aku baca blog mereka kerana mereka2 ini banyak mendorong dan memberikan kata2 semangat sepanjang aku berblog…. Dan ada juga blog2 yang aku suka baca dari segi presentation nye dan cara penulisannye… Berikut adalah blog2 kesayangan aku serta blog2 yang menjadi kewajipan aku untuk membuka serta membacanye… Terima kasih buat kalian…. πŸ™‚

Blog2 Puteri Kesayangan Aku

1. Cik Wawa Nadwa

– Blog dia ni dah lama aku ikuti dan merupakan blog pencetus kepada kemasukan followers
  aku yang lain….
– Merupakan blog pertama aku join, macamana jumpa blog beliau aku pun tak tahu….
– Pernah beberapa kali berjumpa dan bersukan… Sukan ker…Bila mau main bowling lagi ni Wawa…???
– Sangat peramah, manis mulut, suka mekup kalau keluar dan rajin berborak…
– Tapi sejak kebelakangan ni kurang memblog, tak tahu apasal… Nak kahwin kot…!!! Mungkin sibuk
  dengan kerjaya modelnye… hehehe….
– Ada ker, atau takde ker entry baru dari dia pasti aku akan terjah masuk juga blog beliau…
– Merupakan blogger tegar yang membanggakan….

2. Cik Wanie

– Seorang lagi blogger favorite aku… Juga blogger tegar….
– Seorang insan yang banyak menempuh rintangan dalam kehidupan…. Tapi pandai menyelesaikan
  dengan pemikiran yang rasional…
– Seorang yang berjaya dalam business yang dijalankan… Ehem2 kena share ni… πŸ™‚
– Aku tak pernah jumpa, tapi pernah sekali bercakap di phone atas urusan business…
– Blog dia banyak menceritakan tentang kehidupan hariannye… Pelbagai topik dientrykan….
  semuanye berkisarkan kehidupannya di Kedah….
– Seorang yang sangat2 happy go lucky… Semakin susut sekarang ni… Tahniah x3…



3. Cik Hazzy Ishak

– Aku suka blog dia ni sebab ayat2 yang digunakan ikut suka dia jer nak tulis… Ikhlas dan jujur…
– Mengisarkan tentang kehidupan bujangnye… Cinta, office, rumah sewa, tak puas hati dengan
  room mate, tak sabar nak balik kampung dan macam2 topiklah… semuanye ada….
– Kadang2 tu idea entry beliau ni boleh buat aku gelak terbahak2 depan komputer….
– Selain itu juga terdapat juga entry yang mempunyai informasi yang tinggi…. Thanks yer…
– Sangat2 rajin meninggalkan jejak dalam blog aku…. pasti ada saje komen yang diberikan untuk aku…
– Pesanan saya : Cik Hazzy cepat2 cari pilihan hati yer…. Hehehe….

4. Cik Clara Emily Cancer

– Aku suka blog dia sebab dia sealiran denga aku iaitu bahagian teknikal…. berkaitan dengan
  development….
– Seorang blogger dari Penang… Sangat2 workoholic….
– Blog beliau ni berkisarkan tentang aktiviti dalam kehidupan seharian…. Hang out dengan kawan2…
  tentang kerja, tension kerja, try to sambung belajar dan macam2 lagi….
– Sangat2 rajin memberikan komen yang berguna untuk aku… selain memberikan kata2 semangat….
– Mula2 tu aku ingatkan dia ni orang Sabah sebab header dia berlatarbelakangkan jambatan gantung…
  sorry yer Lia…. πŸ™‚

5. Cik Jivebumz

– Dia ni rajin juga terjah blog aku dan tinggalkan komen yang berguna….
– Pernah menjadi pemenang dalam contest aku tak lama dulu….
– Blog dia ringkas, tapi banyak memberikan manfaat serta informasi yang berguna… Selain itu juga
  blog beliau berkisarkan tentang kehidupan dan aktiviti bujang beliau….
– Tak lama lagi akan berkahwin… Tak lama lagikan Jibam…??? Tak sabar ni….

6. Cik Lolly

– Merupakan blogger popular di kalangan blogger yang lain…. Nanti cuba terjah blog dia, punyalah
  ramai followers…. Rasuah yer… Takdelah gurau… Hehehe….
– Masih membawa penulisan tentang kehidupannye di tempat belajar serta aktiviti hariannye…
– Kadang2 tu entry yang dibuat boleh membuatkan mata lelaki celik, terbuntang dan naik keluar biji mata
  membacanye… suka x3….
– Juga rajin meninggalkan jejak di ruangan komen blog aku…. Thanks Cik Lolly….



7. Cik Eja @ Cikgu

– Seorang tenaga pengajar sekolah di Ipoh…
– Mula meminati photography sekarang ni sejak membeli DSLR…. cewah…. Masih banyak yang
  perlu dipelajari…
– Sangat rajin terjah blog aku selain meninggalkan komen2nye…
– Pun tak lama lagi akan berkahwin…. Jangan lupa jemput yer Cikgu….
– Dalam blog beliau, dia suka berkongsi tentang masakan… alaa masakan yang selalu kita beli kat
  luar… Sangat rajin memasak…. Untung bakal suaminye nanti…. jangan masa kahwin nanti tolong
  penanggah masak sudahlah…

8. Irine Nadia Marcello

– Yang ini memang aku suka sangat blog dia… Masih budak2 lagi tapi cara penulisan dia sangat2
  dewasa…
– Aku paling suka kalau dia bergambar, macam model tuuuu…. Dan dia pun sangat2 suka posing
  cara model…. Nasib baik dapat abang yang handal dalam dunia photography….
– Budak ni cute dan comel sangat…. walau dalam pelbagai pakaian sekali pun… make-up jangan
  cakaplah, rasanye korang yang umur lebih ni pun tak pandai dengan cara dia bermake-up…
– Sangat2 suka dengan blog beliau…. Dik teruskan memblog yer… Ni dah start bersawang dah ni…

9. Cik Puan Eazy Insyira Dia

– Yang ni pun aku suka terjah… sebab aku suka tentang senyuman dia…. manis sekali….
– Dah kahwin dah, jangan nak angan2 nak mengurat  yer…. kena sambal tempoyak nanti dari laki dia…
– Sangat2 kecewa sebab tak dapat pergi majllis kahwin dia tempohari….
– Aku masih berhutang hadiah kahwin dengan dia, entah bila nak ada kesempatan untuk poskan….
  sorry yer Eazy, hadiah masih belum diposkan…. Insya-Allah kalau saya dah pos, saya sms…
– Masih berkisarkan tentang kehidupan harian…. pengalaman hidup dan aktiviti beliau…. Tapi sejak
  kahwin ni, blog beliau sunyi jer…. Biasalah tengah uruskan suami…Takpe tetap akan aku terjah
  masuk….

10. Cik Raihan

– Sangat2 suka blog dia sebab berkisarkan tentang model zaman2 moda2 dulu…. Tentang kehidupan
  dan alam pekerjaan dan macam2 lagi….
– Minat yang sama dengan aku…. photography…. tolak model jer…
– Macam biasa, kalau dah nak kahwin pasti blog mereka akan sunyi…. tiada entry, tapi aku tetap terjah
  masuk dan meninggalkan jejak….
– Pun tak lama lagi akan masuk ke alam perkahwinan…. Tahniah diucapkan …. Jangan lupa jemput yer
  Cik Raihan….
– Rajin juga dia tinggalkan jejak dalam blog aku… Thanks a lot….

Blog Jejaka Tampan… Tampan ker…???? Oklah kot….

1. En. Eqbalzack

– Suka tentang penulisannye…. Walaupun ringkas tapi komen yang diterima, fuhhh punyalah banyak….
– Amat2 suka photography…. macam aku jugak….
– Sangat2 berdedikasi dalam mengajar student…. Ramai student berjaya dengan cemerlang…. sesiapa
  yang ada anak yang nak exam, boleh tuisyen dengan beliau…. Wahhh, promote ni….
– Apa2 pun selamat ber exam yer…. πŸ™‚ Good luck tuan…. Tuan, tuisyen dengan sape pulak yer….

2. En. Anuar Kamaruddin @ Anuar K

– Kalau bab penulisan dia, jangan nak lawan yer…. Dah banyak karya yang dihasilkan…
– Karya2 beliau sangat2 aku kagumi…. Sangat2 menarik untuk dibaca…. Terutama Terawih terakhir…
  sangat2 menyentuh jiwa dan raga…. Lagi2 dibaca di Bulan Ramadhan…
– Pernah bertemu beliau tak lama dulu sebab harijadi beliau….
– Sangat2 peramah… bagus kalau nak dijadikan menantu… Betul cakap aku….
– Blog beliau bercerita tentang kehidupan belau dan juga tentang karya2 yang ditulis…
– Sejak kebelakangan ni kurang memblog, mungkin sibuk berkarya kot…. Nuar jangan lupakan blog
  awak yer…

3. Duke Luce Dell’amore @ Jim

– Aku sangat2 kagum dengan suara dia ni…. Sedap sangat…. Macam kek yang dibuatnye
  juga….Walaupun masih dalam pembelajaran…
– Masih belajar di UiTM Shah Alam…. Kursus untuk orang yang rajin makan kek… hehehe….
– Pun jumpa sekali jer dengan dia tahun lepas…. Sangat2 peramah….
– Blog beliau banyak mengisarkan tentang aktiviti nyanyian beliau…. Banyak juga lagu2 yang
  dinyanyikan dirakamkan ada dalam Youtube…. Suara yang besar dan sedap untuk didengar….

4. En. Joegrimjow

– Seorang blogger dari Kelantan… Tapi tak macam Kelantan… sebab masih belajar kat oversea kot…
– Penulisan beliau kadang2 tu membuatkan aku tak berapa faham… Sangat2 unik….
– Merupakan blogger tegar…. Followers punyalah ramai…. Cayalah…
– Rajin berbusiness untuk menambah kekayaan…. kaya… kaya… dan kaya lagi…..
– Blog berkisarkan tentang kehidupan di oversea, tentang business sambilan, informasi serta karya
  yang kadang2 tu aku sendiri tak berapa faham…. Ok bro lepas ni boleh belanja saya main bowling…

5. En. Kaljis a.k.a Onggon

– Ini adalah blog baru beliau… Aku kenal dia dulu sebagai Onggon….
– Sangat2 meminati photography…. Gambar yang dihasilkan sangat2 aku suka dan boleh dijadikan
  sebagai rujukan….
– Kalau nak baca blog dia kena pakai translator, kalau tak susah…. hehehe….
– Lama juga aku tak dapat masuk blog beliau, rupa2 nye dah tukar baru….
– Blog yang simple tapi mempunyai daya tarikan yang sangat menarik tentang photography…
– Pesanan dari saya : En. Onggon, bila nak ajar saya tentang photography ni…??

6. Aizul Marcello

– Aku suka terjah blog beliau sebab photo yang dia tangkap sangat2 menarik….
– Merupakan abang kepada Irine Nadia Marcello…. Dia nilah photographernye….
– Walau pun masih belajar, tapi tahap kemahirannye menggunakan camera sangat membanggakan…
– Gambar2 yang dihasilkan sangat unik…. Boleh menjadi rujukan kepada yang baru menceburkan diri
  dalam dunia photography…

7. Azli Shukri

– Blog tentang politik di Malaysia, pergolakan yang berlaku, fakta2 penting negara dan isu2 semasa…
– Aku suka membacanye…. Selain informasi di akhbar2 harian, ada yang tersembunyi yang boleh
  kita dapat dapat blog beliau ni….
– Cara penulisannya memang hebat…. sangat2 hebat…. Tak lama lagi dapat Dato’ lah ni…

8. En. Rizz

– Blog yang dahulu aku rajin terjah…. Tapi sekarang kurang sikit sebab dia pun kurang memblog sejak
  tukar kerja…. Mungkin terlalu busy dengan kerja baru agaknye….
– Pernah berjumpa sekali tahun lepas….
– Sangat2 peramah dan pemalu… Juga boleh dijadikan calon menantu…. Cewah, promote lagi ni…
– Kalau bab fashion, uptodate…. jangan lawan….
– Pesanan saya : Jangan lupa memblog semula yer…. Ramai yang menanti ni Rizz…..

9. En. Remy

– Seperti blog2 yang lain… berkisarkan tentang kehidupan beliau…. aktiviti harian beliau… dan banyak
  lagi entry2 yang menarik…
– Aku jumpa dengan dia sekali tahun lepas…. Itu pun semasa harijadi Si Nuar K….
– Seorang yang sangat peramah dan pemalu juga kalau sekali tengok…
– Menghormati orang tua…. juga boleh jadi calon pilihan keluarga menantu nanti…
– Sangat2 meminati Mariah Carey…. Trylah terjah blog beliau… Pasti anda akan tahu….

10. En. Khalifah Fedi

– Beliau ni sekarang tengah menyepikan diri…. Atas urusan apa, aku tak tahu…. tapi aku rajin juga
  masuk blog dia dulu… Dan baru2 ni, ada satu entry dari beliau…. tapi pendek benor… ku terjah juga…
– Aku suka cara penulisan beliau sebenarnye…. Pun macam Joegrimjow, kadang2 tu pening nak
  memikirkan apalah cerita yang disampaikan…. buat2 faham selalunye… hehehehe….
– Pesanan saya : En.Khalifah Fedi, blog dah bersawang dah… bila nak tukar dinding rumah ni..?? Raya
  Deepavali dah dekat ni….

Oklah, sebenarnye ramai lagi blog2 yang aku terjah setiap hari…. Bagi mereka yang tiada dalam list di atas aku minta maaf dan janganlah berkecil hati…. Nanti aku akan update lagi…. So, rajin2lah terjah dan beri komen kat blog aku yer…. Apa2 pun kepada semua followers aku samada yang nyata atau dalam mode silent reader aku ucapkan ribuan terima kasih bebanyak kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni… Ini adalah blog kehidupan aku, tentang pengalaman hidup, perkara2 yang boleh dikongsi bersama dan juga luahan rasa aku untuk memperbaiki diri aku dari masa ke semasa…. Terima kasih kepada semua sekali lagi….