Kan aku dah kata, jangan letak ikut suka hati korang jer… nanti kena…. Sabtu yang lalu, sebelum aku balik ke kampung macam biasalah keluar dulu kat balcony rumah cuci mata dulu memandang kehijauan bukit… Bukan apa untuk senaman mata… Dalam masa yang sama cuci mata sebenarnye…. hehehehe….

Tapi kali ni, dapatlah juga tengok tugasan harian  pakguard2 kat area rumah aku ni…. Yang ini adalah tugasan yang paling diaorang suka iaitu ‘Clamping‘…. Walaupun kerja diaorang ni nampak macam senang2 jer nak clamp, tapi sepanjang aku duduk di Flora Damansara ni, pakguard ni akan berikan amaran dahulu kat kenderaan yang suka2 hati jer nak parking… Caranye dengan meletakkan surat amaran dahulu… dan surat amaran ni berkuatkuasa selama sehari… Kalau masih lagi tak mengalihkan kenderaan mereka, maka macam dalam gambar di bawah nilah tindakan mereka….

Nampak tak surat amaran terakhir dengan tindakan clamping terus…. Ambik engko…. tak reti2 nak alih, padan muka korang… yang bestnye kalau nak buka clamp tu kena bayar RM100.00…. banyak tu… Masa management lama, baru RM50.00 jer…. Elok juga management baru buat macam tu… Sebab menyusahkan orang ramai yang nak lalu… Terutama lori kutip sampah….

Ada satu hari tu…. Kenderaan Bomba masuk sebab ada kecemasan…. kalau tak silap aku ada kebakaran kat blok yang sama…. Banyak kereta time tu parking ikut suka hati jer kat tempat yang sama, jentera Bomba dahlah besar, so tak boleh masuk…. Siren dah dibunyikan, owner kenderaan tersebut tak reti2 nak alihkan…. pihak Bomba siap pakai speaker untuk beritahu supaya kenderaan tersebut dialihkan…. Bila dah kena macam tu, barulah terhegeh2 owner tu keluarkan kereta dia… Yang bestnye lagi, sementara owner tu berjalan ke kereta tu, orang ramai dan menjerit2 marah kat dia…. “Bodohlah, takde otaklah, otak letak kat lututlah, yang mencarut pun lagi ramai”…. pihak Bomba pun agaknye pun marah owner2 tu… Padan muka korang….

Macam nilah kalau duduk kat rumah yang ada security guard…. Ada yang bagus dan ada yang tak bagusnye diaorang ni…. Sesiapa yang pernah dan masih tinggal sahaja yang tahu keadaannye…. Jadi nasihat aku kat korang, jangan pentingkan diri sendiri kerana ianya akan menyusahkan diri sendiri (sebab kena maki, dah macam hukuman malu pulak…) dan menyusahkan orang lain yang menghadapi kecemasan macam kejadian hari tu….