Pukul 2.30 pagi tadi, tertentak aku kejap bila teringat yang hari 29 April 2010 merupakan Ulang Tahun bapa aku ke-71… Terus ambil telefon call kampung…. Kacau mak aku kejap dan beritahu yang hari ni harijadi abahlah…. Bapa aku tengah tidur, so aku sampaikan saje salam kat abah aku tu….
Bila dikenangkan rasanye nak balik jer malam ni ke kampung… Nak jumpa abah… Bapa aku merupakan seorang pesara Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ketika dahulu…. Hidupnye sentiasa berkaitan dengan hutan, pokok2, kayu-kayan dll… dari kecil lagi bapa aku ajar aku selok belok masuk hutan…. Bukan semua orang suka masuk hutan, tapi aku sendiri selalu menawarkan diri untuk ikut bapa aku sekiranye dia ada kerja rondaan di dalam hutan…. Pelusuk hutan di dalam Selangor ni aku redah dengan team bapa aku…. Sebab tulah bila kawan2 ajak masuk hutan, aku pasti akan ikut… Aku suka akan kehijauan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan Malaysia….

Bapa aku dilahirkan pada 29 April 1939 di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor… Alaaaa tempat mengundi baru2 ni…. Adik beradik 2 orang jer…. Adik perempuannye dah meninggal dah…. Bapa aku seorang yang sangat peramah…. Kalau di Banting tu hampir semua orang kenal bapa aku…. Sebab tulah jemputan masa aku kahwin dulu hampir 2500 orang… itu pun komplen tak dapat kad jemputan… Pulak….. Lari juga budget aku dulu…. hehehe… Itu kisah lama….
Sejak umur 4 tahun lagi bapa aku telah dibesarkan dengan dunia persilatan, yang mengajarnye adalah arwah atok aku iaitu Haji Osman…. Bukan silat olahraga tau, tapi silat tempur…. So, dari kecil lagi dah diajar kerja kasar dan berat…. Aku sempat belajar silat selama setahun jer, itu pun lubang2…. Sebab sambung belajar di UiTM…. Alhamdulillah dengan ketegasan bapa aku ketika dahulu, yang lebih mementingkan displin dalam diri maka jadilah aku seadanye…. Banyak amaran telah bapa aku berikan pada aku dan sehingga kini aku masih lagi memegang janji dengan beliau…. Salah satunye tak hisap rokok masa sekolah dan sampai sekarang pun tak merokok pun… Dah banyak jimat tu…

Kalau kat sekolah dulu, hampir kesemua guru dalam sekolah tu merupakan kawan bapa aku… Dari Pengetua Sekolah sampailah ke tukang kebun kenal bapa aku dan aku ni anak dia…. So, susahlah sikit nak buat perangai… Kalau ada pasti akan sampai di telinga bapa aku…. Dia tidak akan salahkan sesiapa dulu, tapi dia akan salahkan aku dan adik beradik dahulu…. Kiranye dah kena bantai dulu baru bapa aku bertanya…. Kalau kena sebat, pastinye tali pinggang buckle 2 hinggap di paha…. Kalau aku gaduh dengan adik aku Azu dulu masa kecik2, kalau di nampak atau dengar, dua2 kena bantai…. Garangkan bapa aku….

Tapi kalau dia tak buat macam tu dulu, aku rasa pasti aku ni tak jadi orang kot…. Perangai mungkin teruk…. Displin takde dan macam2 lagi perkara negatif aku lakukan…. Tapi dalam masa yang sama, bapa aku mengajar aku tentang tanggungjawab untuk diri sendiri, untuk keluarga, macamana nak menjaga keluarga, terhadap adik beradik memandangkan aku seorang sahaja lelaki dalam 4 orang adik beradik….. So, tanggungjawab aku sangat2 berat…. Itulah hakikatnye aku sekarang ni…. Dengan didikan dan pengajaran yang diberikan kepada aku, Alhamdulillah aku sentiasa teringat bapa aku setiap malam…. Dan memandangkan bapa aku pada umur sedemikian, aku telah pun menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk bersedia untuk menempuh segala apa yang berlaku…..
Ini adalah video montage bapa aku dulu, saje aku buat untuk hari lahirnye yang ke berapa entah tak ingat, tapi tahun 2003 dululah…. First time buat benda2 macam2 tu…. Tu yang akag poyo sikit tu...
Sekarang ni bapa aku terlantar sakit tua…. Sejak operation membuang hempedu tahun lepas…. Dan sejak akhir2 ni badannye semakin lemah dari hari demi hari…. Untuk bangun duduk pun dah tak larat lagi dah… kenalah dibantu oleh mak aku di rumah… Mak aku pun sendiri bukannye kuat sangat sekarang ni…. Untuk bab mandi terpaksalah tunggu aku balik ke kampung… Sebab aku kena papah masuk toilet… Hujung minggu sahaja… Tapi selebihnye mak aku yang uruskan, lap badannye sahaja….

Sedih aku kenangkan kesihatan bapa aku sekarang ni…. Kadang2 tu tengah2 malam aku terjaga atau tak tidur lagi, pasti aku akan bacakan Surah Yaasin untuk bapa aku, mak aku, diri aku sendiri, wife dan untuk seluruh family aku…. Memohon diberikan kesihatan sepenuhnye dari Allah…. serta memohon untuk diberikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan semasa membela bapa aku sekarang ni…. ketika entry ni ditaip hati aku sangat2 sayu bila teringat bapa aku sekarang ni…. Tak sabar rasanye nak balik hujung minggu ni…. Sokongan moral dan memberi semangat kepadanye adalah cara aku untuk menceriakan bapa aku…. Insya-Allah… Selamat Harijadi Abah….!!!