Sejak hari Jumaat hari tu lagi badan rasa tak berapa sedap… Mula2 tu tekak rasa gatal, lepas tu mulalah batuk… Baru jer baik batuk lama hari tu, ni macam nak sambung balik jer… Malam tu dah rasa sakit tekak dah… Aku fikir mesti demam tak lama lagi…. Betul jangkaan aku, bila tekak dah perit confirm demam punya lepas ni….

So, hari Sabtu lepas seperti yang aku jangkakan betul… Badan mula seram sejuk dan berpeluh2… Start makan ubat demam, sakit kepala dan gatal tekak…. Dah tu tambah pulak satu lagi penyakit, asyik bersin jer memanjang…. ok selsemalah pulak…… Makan ubat ikut jadual yang diberikan…. Kononnye malam tu aku nak balik kampung, sebab dah janji dengan mak aku…. Lepas konsert AF8 lah macam tu perancangannye…. Pukul 9.30 malam tu kepala dah rasa ada pusing2 sikit… Macamana nak balik ni, nak bawa kereta lagi… Wife aku tanya larat tak nak balik…??? Aku rasa tak laratlah, lepas tu terus call kampung bagitahu tak balik dan minta mak aku kunci rumah terus…. Nanti orang lain pulak masuk….

Apa lagi, letak je phone terus tumbang kat katil…. Flat terus sebab makan ubat selsema dan tahan gatal kot… Hari ni (Isnin) aku tak ke mana dan masih demam lagi…. Keluar kejap pergi beli air badak kat Guardians, balik flat lagi…. Kononnye nak update blog petang tadi, tapi tak larat sungguh… Ni pun aku tersedar kejap dari tidur, terus2 jer onkan  pc… tetap nak update satu entry untuk korang…. Kepala dah pening2 balik ni, lepas aku publish entry ni aku nak sambung rehat dan tidur semula…. Oklah kalau aku dah sihat nanti, aku update blog yer… Bye….