Dalam sibuk melakukan kerja2 harian dan menjalani kehidupan yang sangat2 sibuk ni…. Agama jangan dilupakan….. Dalam mengejar impian dan tuntutan harian, Al-Quran jangan diketepikan… Walaupun aku ni bukanlah alim ulama’ atau pendakwah yang pandai menyusun ayat dalam ceramahnye, tapi serba sedikit asas wajib Islam ada di dalam minta dan hati aku ini…. Di kala kita berseorangan, di kala kita bersendirian dan di kala kita mengecapi apa yang dihajati, kadang kala diri ini terasa kosong dan kadang kala juga terasa diri ini tidak berguna di sisi Allah…. Adakah kita telah puas hati dengan apa yang telah kita sembahkan atau kita sudah pasti kita akan ke jalan-Nya…. Itu bukanlah keputusan kita tapi ketentuan-Nya, sebab kita diarah untuk melakukan segala yang suruh dan dalam masa yang sama kita diwajibkan meninggalkan apa yang dilarang-Nya….

Dalam kita bersuka ria, kita perlulah meluangkan masa sedikit untuk mengingati dan menyerahkan diri kepada Yang Maha Esa…. Walaupun aku ni bukanlah hamba-Nya yang sempurna dalam mengerjakan segala apa yang disuruh, tetapi kadang kala diri ini terasa kosong…. Tak kira di sing hari atau di malam hari, bila terasa sunyi akau akan meluangkan masa dengan membaca Al-Quran atau banyaknye aku membaca Surah Yaasin… Lagi2 bila aku menghadapi kesukaran atau dalam kesakitan…. Dengan membaca ayat2 di dalam Al-Quran ini, sedikit demi sedikit beban dan penyakit yang dihadapi terasa berkurangan… Itulah kenikmatan dan mukjizat Al-Quran yang diturunkan kepada umat-Nya…. Al-Quran merupakan ubat penyembuh segala masalah dan penyakit yang ada di dalam diri kita, hanya kita yang perlu mempelajari dan mengamalkannye….

Entry kali ini bukanlah untuk menunjuk2 yang aku ni beramal soleh, aku pun jahil juga….  Tetapi sekadar mengingatkan dan menyedarkan diri aku dan orang lain bahawa zaman sekarang Al-Quran semakin dilupakan dan dipinggirkan oleh umat sejagat…. Agama lain sekarang ni dengan senang2nye mengutuk, menghina serta memperlekehkan Al-Quran…. Siapa lagi yang hendak mempertahankannye kalau bukan diri kita sendiri…. Sebab agama lain jarang melihat umat Islam sekarang ni membaca dan mengagungkan Al-Quran seperti dahulu kala…. Sebab umat Islam sekarang ini lebih mementingkan duniawi berbanding bekalan yang akan dibawa pada masa akan datang…. Maka dengan itu, kita renung2kanlah bersama… Bacalah Al-Quran walau sebaris ayat dalam sehari….. Nescaya kita mendapat  keberkatan-NyaInsya-Allah….