Satu lagi movie yang aku tunggu2kan…. AVATAR : THE LAST AIRBENDER….. Satu cerita yang diadiptasikan dari sebuah animasi TV Nickelodeon yang hebat…. Tapi dengan sentuhan arahan dari M.Night Shyamalan, ianya agak menarik untuk disaksikan…. Aku takdelah layan sangat animasi tersebut, adalah sekali dua juga…. tapi bila dah dijadikan filem dengan special effectnye yang sangat cantik… Mulalah hati ini tak sabar untuk menontonnye…. Pelakon2 nye juga dari muka2 yang baru dan ada juga yang lama serta berbakat…. Rasanye trailer dia ni masa aku tonton filem Transformers tahun lepas lagi…

Mengenai kekuasaan Angin, Air, Tanah dan Api yang bergabung tenaga untuk menentang suatu kuasa besar iaitu Fire Nation… Dengan sekumpulan pengikutnye berusaha menentang peperangan yang akan berlaku serta mempertahankan kekuasaan mutlak antara mereka…. Dengan elemen2 yang dipaparkan ianye akan menjadi sebuah filem yang mengukir sejarah dalam pembikinannye… Satu movie yang berlainan dari filem2 sebelumnye yang diarahkan oleh M.Night Shyamalan….

Aku harapkan ianye sebuah filem yang boleh memberikan kepuasan untuk aku… Aku jenis yang sukakan filem2 sebegini…. Ada aksi, effect yang menarik dan jalan cerita yang tak memeningkan…. kalu semua ketahui, pengarah M.Night Shyamalan sebelum ini sring membuat filem yang memeningkan kepala dan selalunye akan membuatkan kita berfikir apa yang akan terjadi dan membuatkan kita tertanya2 akan cerita tersebut…. Apa2 pun aku dah tak sabar untuk mengaksikan filem tersebut seperti mana wife aku tak sabar menantikan filem terbaru Twiligth : Eclipse pada bulan Jun 2010 ini… Tapi filem ini akan di pawagam pada Julai 2010, sebulan selepas Twilight : Eclipse….. Sabar jerlah….

Oklah untuk semua, banyak bersabar dan selamat menonton…. Nanti pergi sekali dengan aku yer….πŸ™‚ Kat bawah ni ada beberapa trailernye yer….