Sejak kebelakangan ni kesihatan aku sangat2 tidak di dalam keadaan sihat seperti biasa…. Terasa sangat perubahan yang sangat mendadak…. Aku batuk kuat, dah dekat 2 bulan tak baik2… Kalu baik pun sekejap jer dalam seminggu lepas tu batuk balik… Selsema dah seminggu dah… Sekarang ni dah ok dah…. Kepala selalu sangat sakit, takkan migrine aku sampai balik… Dah lama dah tak kena… Kepala pun berat jer macam orang darah tinggi…. Selalu check darah tinggi, normal…. Dengutan jantung aku pun ok…. Tapi selalu sangat berdengut2 bila memikirkan sesuatu… Dan terbaru aku selalu sakit dada, mungkin sejuk kot… Maklumlah duduk apartment atas bukit…. Yang tak tahan tu rusuk sebelah kiri aku rasa sempit…. Rasa macam tulang rusuk tu menolak ke dalam… Dahlah rusuk tu dulu retak sebab accident motor masa di UiTM dulu… 2 bulan aku cuti…. Badan tak bermaya dan tak bertenaga…. Balik jer rumah pasti aku akan tidur…. 
Time aku taip entry ni pun, rusuk aku tengah sakit dan rasa sempit jer…. Tak pasti apa penyebabnye…. Ini kalau aku bagitahu mak aku pasti dia risau….. So, tak perlu bagitahu…. Adakah tekanan atau stress yang tak dapat dibendung….

So, hari Selasa hari tu atas desakan dan paksaan wife aku, aku terpaksa akur juga untuk ke klinik untuk buat fully medical check-up….. Klinik panel di Damansara Perdana…. Klinik Roy…. Time ni kepala aku sakit sangat2 dan tengkuk rasa bengkak jer…. Rasa macam orang darah tinggi kot….

Aku dah tak peduli camera dah time ni… Wife aku punya kerjalah ni…. Sukalah dia sebab aku terpaksa pergi check…. Sepatutnye hari Sabtu yang lepas…. Tapi aku bagi banyak alasan kat dia, nak elak malas nak pergi check…..

Sebab aku datang awal… so, aku orang kedua dipanggil…. Time ni doktor check tekanan darah aku, bacaan normal sangat2, dengutan nadi pun ok, tapi kurang sikit dari biasa… Macam2 doktor tu tanya kat aku…. Tentang senaman yang dibuat, pemakanan dan macam2 lagilah…. Cuma dah seminggu selera makan aku tak begitu bagus, makan sikit jer nak muntah….

Lepas check tekanan darah aku diminta baring di atas katil dalam bilik tu untuk check buah pinggang dan sebagainye… Lama tak kena check, amboi gelinye bila ditekan2 dek doktor…. control jer…. Wife aku dah tahu yang aku ni penggeli orangnye….

Time ni doktor tengah menekan2 perut aku dan bahagian2 lain….. Semuanye normal….. Tapi rusuk aku time tu dah mula nak sakit balik…. Alhamdulillah semuanye ok….. Tapi lepas tu, part ni yang menggerunkan aku dan sebab inilah aku taknak pergi buat check-up…… Part ambil darah….. mak  tolongggg…..

Aku sebenarnye seorang takut dengan jarum….. Lagi2 part2 nak keluarkan darah…. Dan aku pun tak boleh tengok darah yang banyak….. Mulalah rasa macam nak pitam….. Wife aku paksa aku pandang tempat lain… Karang tak pasal2 pengsan pulak kat situ…..

Aduiiii… masa ni tuhan jer yang tahu betapa takutnye aku….. Sakitnye taklah sangat tapi terasalah juga jarum tu berjalan mencari urat darah…..

Tengok jerlah gambar ni…. Wife aku yang ambil…. Menahan sakit bila darah disedut dan jarum yang bergerak2…. Padahal bukan sakit sangat tapi aku ni yang menakut…. Tapi mata nak juga jeling2 apa yang dibuat oleh doktor time tu…. Cepat2 wife aku sound pandang tempat lain….

Selesai sudah darah aku diambil…. Darah tadi dibahagikan kepada 3 tabung uji pulak lepas tu….. Banyak juga yang diambilnye tadi…… Takut aku tengoknye…. Lepas tu mulalah rasa nak berpusing bila dah tengok darah tadi…..

Punca aku takut jarum adalah ketika aku di UiTM Manjung, Perak…. Time tu pelajar baru, so ada sessi minggu silaturrahim selama seminggu di sana…. Dan diakhir minggu tu, diadakan 2 aktiviti wajib iaitu gotong royong di kawasan kampung berhampiran di Setiawan, Perak atau menderma darah…. Dalam fikiran aku, kalau gotong royong sure balik lambat dan penat giler2…. Dan kalau derma darah sekejap jer…. dah boleh balik kampung/KL….. Aku pun pilihlah menderma darah dengan rela hati…. Bila dah baring kat kerusi yang disediakan oleh pihak hospital, tengok2 jarum yang digunakan mak aiii punyalah besar….. Aku nak lari dah tak boleh dah…. Nak tak nak terpaksalah aku beranikan diri….. Ada ubat bius yang digunakan, macam pen jer rupanye… ‘Tappp’ bunyi dia…. tengok kat kulit lengan aku dan berbonjol ubat tu masuk… Tak rasa sakit pun…. kulit pun tak rasa apa2 dah….. Time tulah nurse pun mulakan kerja mencari urat…. Boleh pulak urat aku tak keluar dan susah nak dicari… Takut punya pasallah tu…. 
Bila dah jumpa, nurse tu pun keluarkan jarum… Punyalah besar jarum… Aku tak tipu….. Dicucuknye ke dalam kulit dan lepas tu berjalan2 pulak jarum tu untuk cari urat darah…… Aku dah pandang tempat lain dah….. Bila dah jumpa, darah aku terus masuk ke dalam tabung darah…. laju giler darah tu mengalir…. Tak sampai seminit pun tabung tu dah penuh…. Nurse tu pun terkejut…. Dia kata aku ni penakut yer…. Aku jawab iyer…. Lepas tu dia ambil satu lagi tabung… Dia kata badan aku boleh untuk 2 tabung….. 
Selesai semuanye, nurse tu suruh aku duduk dulu dan minum air yang telah disediakan…. Cehhhh kononnye malas nak minum, nak balik bilik terus kemas barang…. Baru beberapa langkah ke pintu keluar, aku dan rasa macam nak tumbang…. Cepat2 aku lari ke kerusi makan yang nurse tu suruh tadi…. Ambik engko degil kata orang…. Rehatlah aku dalam 15 minit sambil minum dan makan apa yang ada….. 15 minit lepas tu baru aku berjalan keluar, tapi dalam keadaan macam orang mabuk sikit, dan terasa badan ni ringan yer… Rasa macam nak terbang pun ada…. Betullah orang cakap kalau derma darah ni badan kita ringan dan beberapa hari lepas tu kita akan rasa sangat2 aktif…. Itulah sejarahnye aku dengan jarum…. Lagi 2 hari keputusan darah aku akan sampai…. dan tahulah apa yang menyebabkan aku tidak stabil sejak kebelakangan ini…. Doakan aku baik2 belaka yer…. Takutnye…….. 😦