Lama aku tak buat entry dalam blog aku ni (padahal baru 2 hari)… Entry aku kali ni lain sikit…. Aku nak kongsikan pengalaman tentang aktiviti paranormal…. Maksudnye perkara yang kurang normallah… Bagi mereka yang rasa2nye kurang senang dengan entry aku kali ini, bolehlah scroll terus ke bawah (bukannye nak suruh tutup… disuruh baca lagi ada… )….
Hari Sabtu lepas, aku dengan wife aku jadi baby-sitter anak buah aku sorang ni Si Melly…. Ambil giliran membelanye untuk minggu ni… Minggu lepas kakak aku yang jaganye…. Sebabnye adik aku Azu ditahan wad HUKM sebab bleeding… Kata doktor uri turun… Sekarang ni dia tengah mengandung 5 bulan dah…. Dah dekat 2 minggu dia kat Wad Nilam, HUKM…. So, budak ni kenalah kitaorang pakat2 jaga memandangkan bapa dia menguruskan wife dia a.k.a adik aku….
Kalau korang biasa tengok cerita2 pencarian entiti paranormal kat TV seperti Seekers di NTV7, Pemburu Hantu di Astro Ria, Ghost Lab di Discovery Channel Astro dan banyak lagi… Tentu korang akan tengok tentang satu gambaran yang dikatakan entiti paranormal tu…. Selalunye benda ni akan diaorang dapat capture dalam siri2 rancangan tersebut…. Kali ini aku pulak yang merasaikan pengalamannye…. Kalau dalam TV tu aku selalu kurang percaya dengan perkara tu, tapi bila diri sendiri yang memperolehinye susah untuk aku perkatakannye lagi….

(Sumber : Diambil dari blog pemberita Mazidul Akma Sidek… Yang ni gambar pengalaman dia sendiri)

Kejadian tu aku sedarinye pada petang semalam bila aku check kamera Sony aku…. Tergerak pulak hati tu nak tengok apa gambar yang ada dalam kamera tersebut…. Sebabnye pada Sabtu lepas tu aku sakat anak buah aku Melly yang tengah nak pakai baju… Baru lepas mandi dengan makngahnye…. Nak bawa dia keluar jalan2 supaya dia tak berapa ingatkan maknye…. Belek2 punya belek satu persatu gambar dalam kamera tu, terperasanlah pulak satu gambar ni… Aku hairan kenapa baju wife aku ni bertompok2 macam kena clorok…. Lepas tu aku tengok sofa aku pun sama… Alamak…!!! terus meremang bulu roma tengkuk aku…. Fuyooooo banyak siutttttt….. Ini kot benda yang dinamakan ‘ORBS’ yang digembar gemburkan dalam siri2 rancangan TV tu…. Satu persatu gambar lain aku check…. Dalam posisi lain terdapat juga benda yang sama tapi tak banyak macam gambar di bawah ni…. Setakat 2 -3 buah/biji/ekor/helai (tak tahulah aku nak namakan apa)….. mungkin habuk yang berterbangan… Tapi bila dah terlalu banyak, melampaulah pulak….

Sila click pada gambar di atas untuk melihat dengan jelas…. Gambar censored sikit yer….
Sila lihat di dalam bulatan merah yang telah aku tandakan…. Betapa banyaknye dia…. Dan dalam 2 bulatan merah/kuning tu, yang 1 tu colournye terang sangat dan 1 lagi tu bentuknye memanjang atau bujur sikit…. Dan semalam juga aku test sekali lagi tangkap gambar dalam posisi yang sama, pencahayaan yang sama, setting kamera yang sama cuma masanye jer lain…. Tak pulak kelihatan ‘Orbs’ tu…. Hairan2… Wife aku dah cuak dah sebenarnye bila aku bagi tahu perkara tersebut… Tapi lama2 dia faham yang kita ni bukanlah hidup di kalangan manusia jer, banyak lagi makhluk2 Allah di sekeliling kita… Kalaulah betul akan benda ni, Alhamdulillah itu adalah rezeki aku….. 
Rezeki2 juga, tapi malam esoknye berlaku satu lagi kejadian menyeramkan tengkuk terjadi kat aku…. Nanti aku ceritakan dalam entry akan datang…. Sedikit informasi mengenai benda yang dipanggil ‘ORBS’ ni….
Apa Itu ‘Orbs’ ?

Menurut [ ghoststudy ] ‘orbs are believed to be ghosts in the form of balls of light. They are life forms that travel in groups and are believed to be the human soul or life force of those that once inhibited a physical body here on earth’. 

Manakala menurut petikan di [ vampmalaysia ] ‘positive orbs are believed to be the spirits of the dead by many. However, other theories suggest that they might be separate life forms or even nature spirits. The problem is that many orb photos are false positives’. 

Petikan dari [ shadowlands ] mencatatkan ‘orb is the energy being transferred from a source (i.e. powerlines, heat energy, batteries, people, etc) to the spirit so they can manifest’.