Kesinambungan dari entry lepas….. Malam tu dalam pukul 12.00 tengah malam, berlaku kejadian yang aku dah alami tak lama dulu…. Kali ni lebih jelas kedengaran…. Wife aku beritahu aku yang adik ipar aku akan datang rumah dari MMU, Cyberjaya…. Macam biasalah balik basuh baju…. So, tunggulah aku malam tu… Adik aku Anor ada kat ruang tamu, wife aku dah masuk bilik tidur dan aku macam biasalah kat bilik workstation aku layan blog korang…. 
Tiba2 terdengar orang ketuk pintu, aku macam biasalah laju jer ke pintu… Sebelum buka intai dulu siapa yang datang…. Intai punya intai, aiitt mana pulak orangnye ni…. Lama juga aku intai manalah tahu adik ipar aku buat lawak malam2 buta ni…. Main nyorok2 kat pintu…. Lastly aku buka juga pintu dan lihat siapa yang ada di luar, alamak takde oranglah pulak…. Terus terdetik dalam hati aku, sudah aku kena sakat lagilah ni…. Aku pun tutup pintu balik, wife aku keluar bilik tanya kenapa lama kat pintu… Sapa yang ketuk…?? Rupa2nye wife aku pun dengar juga orang ketuk…. Adik aku Anor pun dengar juga…. Hampeh betul hantu ni…. Nak juga menyakat aku lagi…. Cubalah sakat mereka2 yang baca blog hantu aku ni pulak… Boleh diaorang buat entry pasal ni… (macam tu pulak….)
Aku pernah buat entry pasal kejadian tersebut pada tahun lepas… Dalam entry di sini…. Tapi malam tu aku relaks sikit, takdelah nak meremang sangat bulu roma macam dulu… Mungkin sebab adik dan wife aku ada semasa aku kena sakat tu…. Tapi apa yang aku perasan sejak kena sakat ni, kejadian akan berlaku bila aku menunggu seseorang…. Dulu pun sebab aku menunggu anak buah aku datang rumah dan kali ni tengah menunggu adik ipar aku pulak…. Wife aku yang kata tentang perkara tu… So, lepas ni aku malaslah nak tunggu, korang pulak lah tunggu yer…. hehehehe… Itu sahaja kisah aku malam tu…. Bila fikir semula, seronok juga bila ada pengalaman macam ni…. Boleh buat entry untuk blogger2 aku semua….🙂