Ingat tak dalam entry yang mana aku berpakaian ala2 Hindustan tempohari…. Entry ‘Tanda Persahabatan Tanpa Sempadan’…. dan juga entry ‘Kebanggaan Ku, Tetap Kebanggaan Mu Jua’… yang aku publish beberapa hari lalu…. Inilah ceritanye disebalik tajuk2 tersebut….

Pada bulan April lalu kalau aku tak silap, jemputan ini tiba di tangan aku bersama2 dengan hadiah contest tempat kedua dalam mendesign t-shirt  SNS Anggun milik Cik Wanie… Dalam entry ‘Hadiah Dari Seorang Blogger Tegar’ tersebut ada aku katakan tentang suatu rahsia…. Sebenarnye inilah rahsianye… Jemputan Ulang Tahun Cik Wanie…..

Majlis tersebut telah diadakan di Satay Station, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010 lalu…. Ini merupakan kali pertama aku berjumpa dengannye secara bersemuka…. Sebelum ini cuma SMS dan berbual dalam phone jer…. Agak gemuruh juga sebenarnye, lagi2 kehadiran dari blogger2 tegar yang lain…. Aku ni jenis pemalu dan penyegan orangnye…. Satu penghargaan kepada aku dengan jemputan yang telah diberikan…. Thanks Cik Wanie….
Sebab aku berpakaian sedemikian adalah kerana konsep majlis tersebut adalah 1Malaysia… Memandangkan semangat 1Malaysia nilah aku ingin mencuba dengan benda yang baru iaitu berpakaian tradisi kaum India iaitu dipanggil Kurtha…. Dah rasa macam hero filem tamil pun ada…. hehehehe…. Nak kata Shah Rukh Khan, jauh panggang dari api…. Ranjeni Khan mungkin…. Hahahahaha…. Dush… Dushhh… Pareapaaa….!!!!

Aku agak lewat sampai ke sana sebab ada beberapa kerja yang aku kena settlekan…. Kalau ikutkan mungkin aku tak sampai petang tu, memandangkan Cik Wanie telah bersusah payah memberikan kad jemputan dan mengharapkan supaya aku datang ke majlis tersebut…. Aku akur juga akhirnye…. Cewah ayat….. Selain itu, dapat juga berkenalan dengan beberapa blogger yang sering aku tinggalkan jejak di dalam blog masing2…. 
Salah seorangnye yang berada di sebelah aku tu iaitu Blogger Eqbal….. Dia merupakan orang kuat dalam majlis tersebut…. Seorang yang sangat peramah dan tidak sombong…. Dengan dialah aku banyak berbual dalam majlis tersebut…. Kalau tak mati kutu juga aku petang tu…. Tu yang tak hingat nak balik tuh….

Dekat pukul 6.30 petang juga aku di sana…. Dan ramai  juga tetamu yang dah balik…. Kiranye aku ni penutup majlis…. Nasib baik tak disuruh oleh Cik Wanie tapaw semua yang ada atas meja…. Kalau tak naya juga…. hehehehe…. Sebagai tanda kenangan, kami bergambar bertiga, kemudian berempat dengan mama Cik Wanie….. 
Walaupun aku difahamkan majlis kali ini sederhana tetapi kemeriahannye tetap aku rasa…. Keceriaan dan gelak tawa Cik Wanie di dalam majlis tersebut menjadikan suasananye amat happening sekali…. Terperanjat2 aku dibuatnye bila masing2 tergelak…. Nasib baik aku tak sakit jantung…. Kusss semangat….
Apa2 pun Cik Wanie terima kasih kerana menjemput saya selaku blogger yang masih baru dalam dunia Blogspot ini ke majlis tersebut… Sangat2 saya hargai…. Dan saya ucapkan sekali lagi Selamat Ulang Tahun Ke-27, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup serta diberikan kesihatan sepenuhnye…. Amin…..