Menara yang menjadikan aku sukses dan menjadi insan yang berguna…. Itulah UiTM Di Hati Ku…. Pada 24 Mei 2010 lalu dan seawal jam 5.30 pagi aku, wife dan adik aku Anor telah bertolak menuju ke UiTM Shah Alam…. Sebabnye untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM Kali Ke-72 untuk adik aku Anor….

Subuh2 alam lagi aku dah terpacak di bangunan menara tersebut…. Alhamdulillah, nasib baik aku awal maka pak guard UiTM telah mengarah kereta aku untuk parking di kawasan menara…. Bagus…. Dekat sikit dan tak perlu menaiki bas yang disediakan…. Ala2 VIP lah kononnye…..

Sebelum ibubapa diarahkan masuk ke Dewan Sri Budiman, kitaorang lepak dulu di bawah khemah yang disediakan…. Rupanye ramai lagi yang dah sampai awal… Aku ingat aku antara yang awal…. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, terdengar arahan untuk ibubapa beratur untuk masuk ke dewan Konvokesyen….

Sebenarnye aku yang bersemangat kalau dibandingkan adik aku… Yerlah, ianya sebuah nostalgia buat diri aku dan wife ketika dulu… Dewan inilah juga aku konvo dulu…. Time tulah terasa macam nak sambung belajar jer lagi….

Time ni aku dengan wife aku tengah beratur sementara pintu utama dibuka…. Aku antara 10 terawal beratur…. Kat belakang punyalah ramai ibubapa beratur…. Masih gelap lagi….

Sebab dapat beratur awal, so aku dengan wife dapat duduk di barisan hadapan sekali…. Dan bersebelahan laluan utama para pelajar, pensyarah, pegawai pentadbiran dan pentingnye Pro-Canselor UiTM… Boleh dapat tangkap gambar lebih sikit….

Perarakan masuk para graduan ke dalam dewan…. Sebab aku duduk tepi, so dapatlah tangkap gambar adik aku Anor beratur masuk dewan….

Untuk sidang ini, yang menyampaikan diploma graduasi adalah orang yang sama semasa aku dulu iaitu Pro-Canselor UiTM Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad….. Aku cukup admired dengan beliau dari dulu lagi… Kata2 semangat dari beliau memberikan aku satu semangat baru dalam memperjuangkan nasib pelajar Melayu dan Bumiputera dalam Malaysia ini…. Lagi satu cara beliau  memberikan ucapan sangat2 teratur dan tersusun…. Ayat2 dan perkataan2 yang digunakan sangat jelas walaupun maknanya sangat2 tersirat…. Terlalu indah untuk didengari… Aku akan ternganga setiap kali beliau memberikan ucapan….

Adik aku baru sahaja selesai mengambil diploma dari pentas utama… haaa tahu engko menggelabah… Ingat senang2 ker nak dapat segulung diploma….

Dalam banyak2 gambar aku ambil semasa majlis tersebut berjalan, sekeping ni jer gambar aku dengan wife aku yang sempat aku rakamkan…. Itu pun kepala aku dah kena kerat…. hehehehe…. Kadang2 tu segan juga nak bergambar tangkap sendiri ni….

Akhirnye adik aku berjaya memperolehi Diploma UiTM setelah hampir 3 tahun belajar…. Kejap jer masa berlalu…. Sekarang ni dia dah sambung Ijazah dah dalam bidang yang sama…. Belajarlah terus sementara umur masih muda…. Jangan buang masa dengan kerja2 yang tak berfaedah…. Tengoklah banyak contoh yang kita boleh lihat di sekeliling kita….

Ada macam DO (Pegawai Daerah) turun kampung tak…??? Time ini majlis dah selelsai… Biasalah budak2 ni, masa untuk sesi bergambar dengan kawan2… yang jadi mangsa abangnye juga sebagai cameraman…. Cuma aku malas nak bawa camera besar, aku pakai camera Sony jer…. Tapi sebelum tangkap gambar dengan kawan2, tangkap gambar dengan abang dulu…. hehehehe….

Yang ni pulak dengan kakak iparnye yang juga banyak berjasa dalam menguruskan adik aku sorang ni…. Kat bawah ni beberapa gambar lagi semasa selesai majlis tersebut….

Bersama kawan2 lelaki dia… Adik aku ni brutal sikit… So setakat budak2 ni habis dicepuknye…  Lagi2 yang berdiri disebelah kanan dia… yang pakai tie biru tu…

Yang ni kembar adik aku semasa belajar dulu… Muka akan2 serupa… Budak dari Melaka… Sekarang dah kerja, tak sambung belajar dah….

Inilah dia rakan karib adik aku… Yang tengah2 tu nama Nana… sekarang ni satu kelas dengan adik aku… Ohhh lupa, yang kembar adik aku tu namanye Fiq….. nama penuh tak tahu… Maaf yer…

Yang ni aksi apa pun aku tak tahu… Sorang sakit perut, sorang sakit lutut dan sorang lagi sakit kaki kot…. Macam ni punya posing pun ada….

Barisan rakan2 perjuangan adik aku : Nana, Ayid, Haidi, Zairie (Anugerah Naib Canselor tuu…), Fiq, Anor dan Arul….

Yang ni pulak barisan ibubapa, penjaga, makwe dan para graduan….. Time nilah baru jumpa balik dengan pakcik2 dan makcik2 budak2 ni….. Itu pun tak cukup sebab entah ke mana2 diaorang pergi….
Hampir pukul 1.30 tengahari jugalah aku kat UiTM Shah Alam…. Selesai sudah Majlis Konvokesyen UiTM Ke-72 untuk adik aku…. Lepas ni satu tahu setengah lagi aku ke sini…. Harapan aku untuk semua para graduan, selamat maju jaya dalam sebarang kerja yang diceburi…. Ilmu yang dipelajari perlulah digunakan dengan sebaik mungkin dalam mengharungi kehidupan selepas ini….

UiTM Usaha Taqwa Mulia… UiTM Di Hati Ku…..