Entry kali ini memang panjang berjela, sebab aku malas nak part2kan….. Sebab aku bukan pengejar jumlah entry …. Seperti yang aku janjikan dalam entry yang lepas, tentang aktiviti jalan2 cari makan aku hujung minggu hari tu…. Restoran favorite aku di Cinelesure, Mutiara Damansara…. mana lagi aku nak pergi…. Yang dekat2 rumah jerlah…. Kalau jauh2 ni malaslah sebab semua benda ada di kawasan Damansara ni…. Oklah kali ni aku nak perkenalkan lagi sekali restoran favorite aku iaitu Tony Roma’s Restaurant… Pakar dalam hidangan Ribs, Seafood dan Steaks….

Aku suka ke sini sebab suasananye yang cozzy….. Relaks jer bila makan… Tapi yang selalu kecoh pun aku jer… Hehehe…. Kat sini menyediakan pelbagai makanan ala Barat…. Macam zaman koboi dulu2lah…. Bagi mereka yang minat makanan2 seperti itu bolehlah try restoran ni…. Sure akan jatuh cinta punya….

Lagi satu yang aku suka restoran ni sebab nak ambil gambar makanan (product photo)… Dengan cahaya lampu restoran tersebut, gambar yang ditangkap sangat2 berlainan….

Nilah sparing partner makan aku…. Wife akulah…. Sebab bila dia tak habis makan, pastinye aku jadi mangsanye… Aku memang suka makanan barat…. Ini adalah last choice kalau kitaorang dah tahu nak makan apa….

Kali ni aku bawa anak buah aku Melly, saje minggu ni bawa dia sebab nak bagi mak dia rehat… Maklumlah baru keluar wad tempohari…. Untuk beberapa hari ni aku jaga…. Lagi satu saje suka bawa dia sebab dia ni kecoh dan happening giler budaknye…. Sampai2 jer, kakak2 pelayan datang bagi dia paper untuk kanak2 main dan melukis…. Suka sangatlah dia…. Baru dia duduk diam….

Haaa ni dia makngahnye….. Kalau Melly dengan kitaorang, guru displinnye adalah wife aku… Wife aku memang displin tinggi kalau dengan budak2… Ajar mana yang boleh buat dan mana satu yang salah…. Kalau aku ni, aku suka manjakan budak….

Tengah melukis dan mewarna… Siap bagi bakul untuk letak krayon dek kakak pelayan kat situ…. Kejap2 bagi tu, kejap2 bagi benda lain pulak kat Melly…. Bagus layanan diaorang ni…. Sangat2 friendly berbanding TGI Fridays….

Bila dapat apa yang dia suka, baru dia diam….. Kalau tidak habis restoran tu dia explore…. Tapi mulut tak berhenti bercakap… Ada jer yang nak disembangkannye….

Hidangan pertama untuk Melly dah sampai…. Hidangan salad dengan tar2 sos…. Kiranye pembuka bicaralah ni….. Tapi yang menghabiskannye, aku juga…. hehehehe….

Air ni adik aku Anor yang punya…. Air Coke…. Coke jer…. Takpe janji boleh free refill….

Yang ni air wife aku, Pina Strawberry Swirl…. Dan Melly order Chocolate Milkshake… Lupa nak tangkap gambar close up….

Air aku yang sebelah kiri tu, Mango Juice (pun free refill….)… Penghabisnye air tu bertukar tangan… Tukar dengan wife aku….

Sebenarnye masing2 dalam kelaparan… Tengah tunggu hidangan yang diorder jer… Nasib baik air dah sampai awal…. Tapi kat sini kita tak perlu nak tunggu lama, sebab dalam 15 – 20 minit jer hidangan pasti akan sampai… Walaupun ramai orang time tu….

Hidangan yang pertama samai adalah Melly punya….. Mini Pizza dan kentang goreng untuk kanak2….. Dia sendiri yang minta nak pizza…. Tanya burger dia taknak…

Yang ni set untuk MellyMini Pizza dengan kentang foreng dan salad….

Appertizer kitaorang adalah, Potato Skin is topped with Cheddar Cheese and Beef Bacon…. Selain tu ada roti dan Onion Loaf with BBQ mayonnaise….Macam onion ring tapi lagi sedap….

Air2 yang depan aku tu bukan aku yang punya yer…. Yang pertama tu Melly punya, kedua wife aku punya dan aku punya yang last sekali….

Appertizer kita orang untuk kali ini… Ini pun dah banyak sebenarnye…..

Ini pulak hidangan Anor, Set Buffalo Chicken Sandwish…. Anor ni kalau makan restoran yang ada sandwich, mesti itu jer yang dia order….. Balik2 sandwich…. Tapi selalunye sandwich2 yang dia pilih memang sedap….

Inilah yang dinanti2kan…. Dan kalau korang nak tahu sebab2nye aku jatuh cinta ke Tony Roma’s Restaurant ni adalah disebabkan hidangan ini….. Namanye : Bountiful Beef Ribs with TR’s Original BBQ Sauce.… Sangat2 sedap dan mengenyangkan…. merupakan tulang rusuk lembu….. dagingnye sangat2 lembut dan sauce nye lain dari yang lain…. Siapa yang dah try pasti akan ke sana lagi….

Walaupun harganye agak mahal, tapi pasti kita akan berpuas hati bila dah mencubanye…. Di sini Tony Roma’s kita boleh buat pilihan samada kita nak 3 ketul atau 5 ketul… Biasanye aku akan order 5 ketul tapi kongsi 2 orang…. Ada juga yang satu ketul, ketul yang besar tapi kurang sikit untuk tekak aku sebab daging isinye di dalam masih merah… Aku suka Well Done dari Medium Raw….

So, inilah hidangan aku berempat untuk lunch kali ini…. Apa yang pasti satu kepuasan untuk aku dan family menikmati makanan ala barat…. Walaupun ianye melibatkan ratusan ringgit pada petang tu…. Harga semuanye tu aku taknak ceritalah… Tapi korang trylah makan kat sini dulu….

Kebetulan kali ini aku bawa 2 kamera sebab sebelum ni aku ke Mid Valley dengan wife aku… Wife aku ada appointment facial SKII pukul 10.00 pagi tu…. Settle facial di Mid Vally baru aku pickup adik aku Anor dan anak buah aku Melly…. Lepas tu baru ke Cinelesure…. Sebab dah janji nak keluar dengan Melly hari ni….

Inilah gelagat aku bila perut dah mula nak kenyang…. Makan slow2…. Jadi taklah terasa perut tu sendat sangat… kena tertib sikit kalau nak makan makanan macam ni….

Jangan katakan pakngahnye yang muncung, anak buahnye pun sama…. lagi panjang rasanye dari aku…. Hehehehe….

Inilah musuh Melly dan ini jugalah kawan Melly…. Adik aku suka sangat mengacau Si Melly ni kalau berjumpa…. Tapi dalam masa yang sama juga Si Melly pun kaki kacau kat Usunye juga…. Eloklah sama2 kaki kacau….

Ohhhh lupa pulak….!!! Tatoo yang aku tunjukkan dalam entry hari tu sebenarnye untuk Melly pakai yang diberi oleh kakak2 pelayan Tony Roma’s tu…. Sebab Melly taknak pakai,  aku dengan Anor yang mengerjakannye….

Yang ni tatoo di tangan aku….. Tu yang banyak bulu tu…. Takde kerja betul….. Tapi ia bukan permanent tatoo, boleh tanggal lepas ni…. Nama kartun tatoo tu Andi….. Ada lagi yang lain….

Masa aku pulak mengacau Melly…. Melly ni yang aku perasan, dia jeles dengan makngah dia kalau wife aku buat2 peluk ker, buat2 nak cium ker… mesti dia marah dan tolak makngahnye…. kali ni gurauan yang sama wife aku buat time tu….

Mulalah mulut bising jerit jangan kacau pakngahnye… Lepas tu entah apa2 yang dibebelkannye….

Dekat  pukul 3.00 petang juga kitaorang kat dalam restoran tersebut…. Seronok duduk bersantai macam ni sekali sekala…. Banyak juga baki makanan yang kitaorang tapaw bawa balik… Tak habis, kenyang sangat….. Sebelum balik macam biasa, aku akan suruh kakak2 pelayan tu tolong tangkapkan gambar kitaorang berempat untuk kenang2an dan untuk entry blog aku kali ini….
Hujung minggu kitaorang kali ini belum habis lagi…. lepas jer keluar dari Tony Roma’s kitaorang jalan2 bawa Melly ke area Curve, Ikano Power Centre, IKEA dan kat area situ…. Lagi satu sebab dah janji dengan Melly nak pergi Pet World kat Ikano tengok ikan dan ular….. Nanti aku ceritakan dalam entry akan datang…. Bye……