Pagi Ahad lepas, pagi2 lagi aku dah terpacak di Gardens, Mid Valley… Aktiviti bulanan aku sebenarnye…. Walhal hantar wife buat facial kat SKII…. Dah jadi tugasan aku pulak setiap bulan,,, Kadang2 tu 3 minggu sekali mesti ke sana…. Facial tersebut mengambil masa dalam 1 jam 45 minit… So, terlalu banyak masa untuk aku duduk kat sana… Boring siut…. Satu caranye sementara nak tunggu wife aku habis, aku akan merayau2 sekitar Mid Valley…. Kadang2 tu harap2 juga terjumpa blogger2 tengah merayau macam aku… Boleh sembang2….

Kalau tak merayau2 pun biasanye aku akan ke Borders,Garden untuk mentelaah buku2 yang ada di situ… Biasalah buku2 yang jadi pilihan aku adalah mengenai photography…. Tapi kali ni aku terjumpa sebuah buku bergambar mengenai sejarah Malaysia….  Bagusnye buku tersebut sebab ia memaparkan gambar2 lama yang berlaku di dalam Malaysia dan juga zaman kesultanan Melayu…. Gambar2 yang sangat unik dan boleh menjadi rujukan ilmiah… Lagi2 untuk mengetahui susur galur keturunan kita…. Macam aku yang berasal dari Kesultanan Selangor…. 
Punyalah tebal buku tu sampai wife aku dah habis facial pun aku masih membacanye…. Harga RM99.00… Sangat2 berbaloi kalau dapat beli buku tersebut…. Dahlah tebal dan kualiti sangat bagus… Masalahnye ada satu jer buku tersebut… So, aku ni jenis yang suka benda yang baru… Yang second hand kurang sikit…. Tapi aku akan cari kat Borders lain…

Gambar2 ni sebenarnye adalah gambar candid dari iPhone wife aku… Tu yang blur jer tu… Orang tengah berjalan dia tangkap… mana nak dapat gambar sharp…. Tapi dia rajin sekarang tangkap gambar…. Siapa yang untung, aku juga… Sebab…??? Boleh buat entry…. Hehehehehe….

Tapi hari ni aku cukup malas nak tangkap gambar… Camera sampai dua biji aku bawak hari ni… dengan semangat nak tangkaplah gambar2 yang menarik… Tapi nan adoooo…. Dalam pukul 12.00 tengahari jugalah aku kat situ… Lepas tu bergegas balik sebab dah janji nak bawak si kecik Melly berjalan kat area Mutiara Damansara… Salah satu aktiviti aku kat sana hari tu tentang entry makan aku di Tony Roma’s….. Nanti aku ceritakan aktiviti aku dengan anak buah aku pulak pada hari yang sama….