Banyak aktiviti yang aku lakukan hujung minggu lepas… Yang kali ni sambungan aktiviti hari Ahad tu… Lepas makan kat Tony Roma’s, dah kenyang2… Time untuk membuangkan kalori semula…. Jalan sejauh2 yang boleh….. Jadi kitaorang round2 kat area Mutiara Damansara dari Cinelasure ke Curve, kemudian ke Ikano Power Centre, sambil2 tu singgah pulak ke IKEA… Nasib baik singgah jer bukan singgah makan….. Kalau singgah makan, jawabnye tambah balik kalori…. Hehehehe… Dan destinasi terakhir ke TESCO…. Nah ambik engko… Naik biru muka wife dan adik aku Anor menahan penat… Aiii ok jer… Padahal rasa nak pitam dah sebab mendukung Si Melly….

Time ni anak buah aku sorang ni ok lagi… sebab janji nak pergi tengok pet kat Safari Pet World, Ikano… Tu yang semangat nak jalan tu… Paling dia suka kalau naik escalator…. Siap boleh minta nak turun balik pusing2…. Saiap yang pusing, aku yang pening….

Tapi bila sampai kat  Pet World Safari tu, dia minta dukung sebab takut…. Kan kat dalam tu agak suam2 kuku lampunye… Tu yang dia takut nak jalan sendiri tu…. Sepanjang dalam Pet World tu, Melly memanjang berdukung kat aku…. Aduhhhh…. Naik sakit pinggang aku…. nasib baiklah pakngah engko sihat, kuat dan besar… kalau kelengking, siapa yang nak dukung aku pun tak tahulah….

Aku pun sebenarnye suka tempat2 macam ni…. Boleh belajar cara mereka mengendalikan dan menghiaskan ikan2 dalam akuarium…. Tapi yang paling aku suka, akuarium ikan laut… Cantik jer hidupan yang ada….

Melly ni jenis yang suka bergurau dan agak kelakar sikit budaknye…. Kalau tak aku yang sakat, pasti dia yang kacau aku balik…. Korang tengoklah gelagat dia dengan aku dalam gambar di atas tu….

Masa ni tengah ok lagi…. Masih boleh bercerita tentang ikan lah… ikan nak makanlah… ikan tu menyoroklah… entah apa2 soalan dan statement yang dia buat sambil membebel…. Penat juga nak jawab balik…. Tapi aku jenis suka melayan dia, so terpaksalah jawab apa yang patut… Tapi banyaknye kena temberang dek pakngahnye jer… hehehehe….

Bila sampai kat satu outlet yang menjual burung2, iguana, gecko, ular dan macam2 lagi… dia dah mula cuak… Mula2 tu nak tengok burung…. bila sampai kat kawasan ular, apa lagi siap menjerit nak keluar…. Habis aku dipeluknye kuat… “Pakngah…!!! Melly nak kuar… takutttt….”

Bila dah keluar, mata masih pandang lagi haiwan kat dalam tu…. Adusss…. Melly… Melly…

Time ni aku dah start sakit pinggang dah nak dukung dia…. So, rehat sekejap…. Melegakan pinggang…. Dan ambil angin….. Nak buat macamana, anak buah kesayangan….

Settle kat Pet World Safari, kitaorang menuju ke IKEA pulak…. Sajer jalan2 cuci mata…. Naik juling mata adalah… Padahal nak menyinggah ke outlet wajib aku….

Aku ke outlet CROCS macam biasa…. Nak tengok apa yang baru…. Kalau berkenan pasti cari akal untuk membelinye…. Dari jauh dah nampak new item sebenarnye…. menarik ni….

Yang ni kat area kasut budak2… Melly yang tarik aku sebenarnye…. Nak tengok juga apa yang baru….. Mulalah dia membebel entah apa2 pasal kasut dia….

Dan apa yang korang nampak kat belakang aku tu adalah koleksi terbaru CROCS… Koleksi Piala Dunia FIFA 2010…. Kasut mengikut negara yang menyertai… Sangat2 cantik….Adalah beberapa koleksi yang aku berkenan… Salah satunye dari negara England dan Korea…. Tapi yang England tu nampak macam tanda salib lah pulak…. Korang nampak tak…. Walaupun design simple tapi menarik untuk dipakai…. Tapi kali ni aku takdelah beli apa2 dari outlet CROCS, sebab kasut hari tu pun belum lagi dipakai…. Chilabaey jangan tamak…. 
Settle satu bab, kemudian kitaorang bawa pulak Melly ke taman indoor kanak2 di antara Ikano dengan IKEA…. Kitaorang nak rehat kejap, so Melly boleh main2 kat situ…. Tapi aku ceritakan dalam next entry yer…. Tunggulah cerita aku lagi…….