Entry ni adalah kesinambungan dari entry aktiviti aku Ahad lepas…. Sambungan entry ‘Aktiviti Di Pagi Ahad Lepas….!!!!‘…. Lepas selesai wife aku buat facial di SKII…. Dan aku pulak habis membaca, singgah kejap di Starbucks nak menghilangkan haus…. Macam biasa aku dengan air Citrus Crush sebotol dan wife aku macam biasa juga dengan Chocolate Ais Blend dia…. Lepak2 kejap sambil borak2 dan berbincang tentang family…. Masa depan yang perlu dirancang dan sebagainye….

Kat sini tak ramai sangat orang…. Mungkin cuti panjang, kalau tak, dah penuh dah Mid Valley ni…. So, agak relaks sikit pergerakan kali ini… kalau hari2 macam ni kan bagus…. Tenang jer…. Takyah pening2 tengaok kelibat orang ke hulu hilir….

Aku suka sangat dengan 2 gambar di atas…. Pencahayaannye agak menarik…. Sebab aku pakai lens 50mm F1.8…. Memang akan dapat gambar macam ni…. Tapi still kena ada skill…

Korang layanlah gambar2 yang aku snap semasa duduk minum kat Starbucks hari tu….

Gambar2 di bawah ni pulak wife aku punya kerja…. Entah apasal sejak kebelakangan ni rajin sangat ambil gambar aku…. Aii kan penyegan orangnye… malulah…..

Sedang menikmati minuman campuran dari Starbucks…. Takdelah masam sangat… Sesuai untuk mencuci perut…. Dan bagus untuk minuman sarapan pagi….

Dekat pukul 12.30 tengahari baru aku bertolak balik… Nak bawa Melly jalan2… Terus pickup dia dan adik aku Anor kat rumah…. Rupanye Melly dah bising tanya mana Pakngah dan Makngahnye…. Kata nak bawak dia jalan…. Alamak dia dah tak sabar rupanye…. Macam pelesit aku bawa kereta time tu…. Oklah…. nanti aku sambung lagi aktiviti aku lepas ambil budak berdua tu…. Jom Jalan2 Dan Cuti2 Malaysia….