Aku sebenarnye dah lama nak publish entry cara komik ni…. Dah tersimpan sejak bulan Februari 2010 lagi… Lepas2 balik dari Cameron Highlands lagi… Tapi memandangkan Blogger Joegrimjow dah buat dulu dengan cara dia, maka aku pun postpone kan dulu entry ni…. Nanti korang cakap aku tiru dia pulak… Macam Joegrimjow katakan dalam entry dia, begitu mudah menggunakan Mac sebenarnye…. Memang betul, sebab pelbagai jenis software yang tiada di Windows ada untuk pengguna Mac… Salah satunye adalah apa yang aku buat untuk menaiktaraf  dan mempelbagaikan cara kita memblog… Taknak korang bosan dengan gambar dan perkataan sahaja…. 

Tajuk Cerita :  PERJANJIAN SETAN….. Episod 1….
Bersambung…. Pada 3.00 petang pulak…..

So, setelah reda sikit dan memberikan ruang untuk Joegrimjow publish entry dia cara komik dahulu… Kini giliran aku pulak untuk menggunakan pendekatan tersebut…. Tapi dengan cara aku sendiri…. Aku akan buat secara episod seperti dalam majalah2 dan komik… Tapi takdelah panjang2 dan berhari2 untuk habis… Mungkin aku akan habiskannye juga dalam masa satu hari, mungkin… 
Satu episod dalam setiap 3-4 jam entry publish… Bergantung kepada masa aku untuk menjadualkannye yer…. Hehehe… Aku harap, cara aku memblog mendapat perhatian korang dan yang pentingnye aku dapat berkongsi pengalaman, memberikan pendapat yang berguna serta aku juga belajar dari korang semua tentang erti kehidupan yang sebenar…. Insya-Allah….