Hari Sabtu minggu lepas, pagi2 lagi aku dah ada di kawasan memancing ikan…. Orang lain memancing kat kolam atau sungai tapi aku memancing kat TESCO jer… Senang…. Tujuan sebenarke TESCO sebenarnye untuk membeli ikan talapia merah untuk dimasak tengahari tu…. Selain itu juga mencari barang dapur untuk rumah….

Waktu ni tengah menunggu ikan talapia aku disiang… Sebab banyak juga aku beli kali ini dekat 12 ekor… Bukan apa untuk stok sekali…. Pagi tu ramai juga orang, lama juga aku menunggu ikan siap…

Dah mula bosan dah ni… Macam2 perangai orang… Ada nyonya tu siap potong barisan lagi…. Hampeh… Nasib baik orang tua… Tapi brother yang siang ikan tu dah nampak aku dulu, so dia buat tak tahu jerlah dengan ikan nyonya tu…. Padan muka…. Ehh…ehhh pakcik dalam gambar ni, sungguh kurang sopan… Siap korek hidung lagi… Tahulah ikan pakcik dah siap…. Pengotor sungguh….

Nampak tak ikan2 yang dipamerkan… Tersusun rapi… Sebab tulah aku suka beli kat sini…

Settle ikan tadi, bergerak pulak ke bahagian lain… Wife aku nak beli barang2 lain untuk masakan…. Sambil2 tu ada jer barang lain yang masuk troli… Hehehe… Biasalah tu…. lain yang ditulis pasti lain yang diambil…

Tujuan lain sebenarnye nak beli barang untuk sarapan pagi setiap hari sebelum ke pejabat… Barang2 tu adalah susu dan Quiker Oath… So, pagi takyah aku nak cari sarapan yang berat2….

Time tengah nak membayar pun wife aku snap gambar….

Sebahagian dari barang yang dibeli…. Macamana nak bawa naik rumah ni, dahlah setiap hari Sabtu plastik beg tidak disediakan… kalau nak juga, sehelai dicaj sebanyak RM0.20…. Boleh pulak lupa nak bawa beg barang TESCO hari tu….

Huiissshh… lamanye budak yang jaga kaunter ni kira orang depan aku…. barang aku dah naik atas meja kira ni…. Sabar Chilabaey… Sabar….

So, entry lepas ni aku akan ceritakan tentang menu hari Sabtu aku tu yer… Mungkin korang boleh mengalin resepi dari aku nanti…. Tunggu…..










Nota Kakiku  :  Next Entry pukul 2.30 petang…