Yang kisah aku pada Hari Sabtu lalu… Dah lama aku tak sentuh dapur… Selalunye wife aku yang masak… Tapi kali ni aku, aku pulak yang masak… Tapi satu menu jerlah… Aku lebih pada menolong apa yang patut sebenarnye… Apa menunye yer…??? Masakan yang senang jer… Hehehehe…

Pose sekejap sebelum sesi memasak dijalankan…. Sebab lepas ni nanti masing2 dah tak serupa orang dah… Bahan2 yang nak aku dan wife amasak telah pun tersedia dan pagi2 lagi dah ke TESCO Mutiara Damansara…. Alaaaa entry aku yang lepas….

Yang ini adalah cara aku sebelum start memasak, nak surekan semua bahan untuk dimasak tersedia… Takdelah bersepah2 dan kelang kabut nak cari itu, nak cari ini…. Aku akan susun baik2 supaya semuanye jelas…. Menu untuk hari Sabtu tu adalah Tumis Air Petola dengan Suhun/Su’un/Suon… Yang mana satu entahlah…
Menu Pertama : Tumis Air Petola feat Suhun

Bahan2 yang diperlukan untuk masakan simple ini adalah seperti berikut :
1.  Anak udang kering..
2.  Bawang besar/sederhana/kecil pun boleh..
3.  Bawang putih (yang berwarna hitam pun boleh guna….)
Bahan2 diatas dikisar separuh lumat, bergantung pada koranglah… 

Beberapa biji Telur Ayam, kalau Telur Itik tak pernah pakai (untuk dipecahkan di dalam kuah bila dah masak nanti, bukan dihancurkan tau)…. Biarkan sebijik2 dalam masakan tu….

Ooohh yang ni gambar silap bahan masakan… Tersilap tangkap pulak… Ada botol makanan ikan… hehehehe… Amaran : Jangan ikut gambar di atas…..!!!

Bahan2 utama pula adalah :
1.  Suhun Campur… (yang campur menyerikan suasana dalam periuk nanti…)

2.  Petola (buang kulitnye separuh… aku suka cara macam tu…)

3.  Ubi Kentang (potong kasar…)

Bila dah dipotang, jadi begini… Ok…

Chef Muz tengah menyediakan sayur petola…..

Yang ni pulak tengah mengerjakan Ubi Kentang…. Aku bab potong memotong memang suka…..

Periuk telah disediakan, masukkan minyak sedikit…. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga kekuning2an… Lepas tu masukkan air panas, sebab nak cepat mendidih…. Malas nak tunggu2… Setelah mendidih air tersebut, bolehlah masukkan kentang, suhun tadi dan terakhir sayur petola… Sebab taknak bagi terlalu masak…

Inilah hasilnye…. Setelah Chef Muz memasak… Masakan ini bagus untuk kesihatan…
Menu Kedua : Ikan Talapia Merah Masak Sambal Cili Padi Limau Purut

Manakala menu kedua pula adalah Ikan Talapia Masak Sambal Cili Padi… Yang ni kalau mereka2 tak tahan  pedas pasti terbeliak biji mata semasa makan…. Wife aku pun dah biasa makan pedas… Dulu langsung takleh pedas, tapi setelah 8 tahun bersama, dia lagi kuat cili dari aku… Ishh.. isshh…Isshhh…

Bahan utama yang perlu adalah Ikan Tilapia…. Bila sudah dibersihkan gaul dengan serbuk kunyit dan garam….

Goreng ikan tersebut sehingga garing… Ini terpulang kepada koranglah… Nak garingkan macamana…. kalau hangus lagi bagus… hehehehe…

Wife aku tengah mengelap dapur… maklumlah menggoreng ikan… Pasti minyak merata hinggap….

Ikan yang telah siap digoreng…. Sebelum tu tos dulu minyaknye…. Tak baik untuk kesuhatan….

Ini adalah bahan2 utama dalam membuat sambalnye pulak… Mesti ada : Serai & Daun Limau Purut..

Bahan2 untuk diblend : Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Padi, Serai dan Belacan…

Setelah diblend lumat… Berhati2 semasa membuka penutup blend… Gas yang keluar boleh memengsankan orang bagi sesiapa yang menghidunye…. Jadi berhati2 yer…. Nanti tak sempat masak…

Selesai jer menggoreng ikan, tiba2 gas dapur boleh habis… Hampeh…. Bengang betul wife aku… So, aku pun turun ke kedai bawah rumah untuk order yang baru…. Boleh pulak budak yang jaga kedai tu kata, gas baru diaorang hantar pukul 6.00 petang…. Sebab dia sorang jer jaga kedai… Sorang lagi belum sampai…. Tapi aku order jugalah dan pesan tolong hantar secepat mungkin….

Sampai rumah bagitahu wife aku pasal gas tadi… Alamak perut dah lapar dah ni… Last2 aku kata wife aku kita guna hot plate dapurlah…. Pakai elektriklah jawabnye… Mahu tinggi bil elektrik aku bulan ni… Dahlah nak memasaknye agak lama…. Nak buat macamana, nak makan punya pasal…

Kita sambung semula sesi masakan kita yer…. Daun limau purut kita racik halus2… Untuk ditaburkan dan digaul dalam sambal kita yang tengah ditumis tadi….

Sambal yang dimasak tadi dah hampir kering… So, bolehlah dimasukkan daun limau purut tadi dan gaulkan sehingga rata… Biarkan sehingga kering sedikit lagi….

Setelah sambal tadi kering (mengikut citarasa anda…)… Bolehlah ditaburkan di atas ikan talapia yang telah kita goreng tadi…. Maaf bab hiasan kami tak buat… Malas… Lagi satu nak makan terus…. Hehehehe…

Begitulah hari Sabtu kami minggu lepas…. Tiba2 rajin pulak nak masak bersama…. Nanti kalau aku main masak lagi, aku bagi lagi resepi untuk korang yer… Selamat mencuba…….