Mana boleh jadi…. Takkan budak kecik jer yang boleh main kat sini… Aku pun nak juga…. Dulu masa zaman aku kecik2 dulu mana ada benda2 macam ni…. Sekarang bila dah ada tak kiralah, nak main juga….

Ini cerita aku dengan anak buah aku Melly…. Sebenarnye sambungan aktiviti minggu lalu iaitu entry ‘Naik Pitam Aku melayan Anak Buah‘… Lepas dari berjalan2 dalam area Ikano, aku singgah kejap ke taman permainan indoor Fun Land…. Itu sebab Melly yang nak masuk main… Oklah layan jer… Sekali masuk RM8.00… Memang harga tu ker…??? Tak pernah tahu pun….

Sebab nak monitor dia aku pun masuk sekali…. Seronok pulak rasanye… Dulu kecik2 mana ada benda2 ni…. Tapi semua kecik2 kan, kalau besar2 dah pasti aku pun join sekali… hehehehe…. Time ni Melly dah tak hirau orang lain dah, sibuk main….

Yang aku pulak sekadar memerhatikan, takut gaduh dengan budak2 lain… Budak2 lain punyalah lasak… Korang tengoklah anak Cina tu… Siap masuk rumah ikut tingkap lagi… Jangan dah besar lain kerjanye sudah… Time ni aku dah mula keluarkan senjata aku…

Pandai dah main rumah gelunsur ni sendiri…. Dulu takut2….

Yang ni pulak main rumah2…. Alaaa yang anak cina tu masuk ikut tingkap tu… Tapi Melly main tutup2 tingkap pulak… Semua tingkap dia tutup….

Seronok juga bawa Melly sekali sekala macam ni…. Kesian tengok dia, dahlah maknye tak boleh bergerak kuat sejak keluar wad HUKM… Jadi sebagai bapa saudaranye, satu rasa tanggungjawab juga untuk aku mengalih perhatiannye sedikit dengan membawa Melly jalan2 macam ni…. Selain tu, dapatlah mak dia berehat dengan tenang….

Dekat 1 jam juga aku dengan Melly di dalam taman permainan tu…. Selesai kat tempat tu, kitaorang ke tempat lain pulak…. Tempat untuk wife aku pulak bershopping…. Nak tengok baju kerja katanye… Oklah jom jalan lagi…. Tinggal lagi satu entry untuk hujung minggu bersama Melly, wife aku dan adik aku Anor yang belum aku publish…. Next entry ok….!!!
Berikut turutan aktiviti aku yang lepas :