Assalamualaikum kepada semua my follower yang disayangi…Aku minta maaf pada korang semua yang terpaksa berhenti dari memblog utk seketika… Sekarang ni aku dan family dalam keadaan darurat di mana bapa aku telah dimasukkan ke Hospital Banting pada Isnin hari tu disebabkan keadaannye yang semakin lemah….

Dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu dengan ambulan…. Sangat2 genting ketika itu… Padahal jarak antara rumah aku ke hospital tersebut dalam 5 minit perjalanan… Dan ketika itu aku bagaikan putus harapan untuk sampai ke hospital…

Keadaan bapa aku ketika itu sangat2 genting… Sejak hari aku balik pada Sabtu lepas keadaan dia dah semakin lemah…. Tapi masih asa respond dgn arahan dan percakapan yang aku sampai… Tapi pada hari Isnin tersebut, keadaannye semakin runcing… Dan setelah mendapatkan pandangan dari kawan rapat bapa aku ketika itu…. Satu keputusan telah diambil, yang mana satu panggilan ke hospital perlu diambil…. Itupun setelah kawan bapa aku tu minta anak saudara yang bekerja di hospital tersebut melihat keadaan bapa aku… Terus dia buat panggilan ke unit kecemasan untuk menghantar ambulan dan pembantu perubatan… Disebabkan bapa aku terlalu lemah terpaksalah strecer di bawa masuk ke dalam rumah…

Allah sahaja yang tahu macam mana keadaan aku ketik itu, naik ambulan sekali menemankan bapa aku… Hati mana yang tak sedih bila bapa sendiri tidak memberikan apa respond time tu… Sepanjang dalam ambulan tersebut aku sentiasa membacakan khalimah syahadah di telinga bapa aku… Hany itu sahaja yang aku mampu lakukan ketika itu…

Setelah sampai di unit kecemasan, bapa aku terus dibaringkan di atas katil dan mereka kakitangan hospital bertungkus lumus menstabilkan semula bapa aku… Aku kejap keluar masuk unit tersebut utk melihat sendiri keadaannye ketika itu… Hampir 2 jam barulah tahu akan masalah yang dihadapinye…. Rupa2nya darah bapa aku telah dimasuki kuman, dan kuman tersebut telah mula mengganggu sistem badan dan juga organ2 dalaman… Paru2 telah dijangkiti, buah pinggang ada kemungkinan, dan beberapa bahagian lagi… Bila kakak aku bertanya bagaimana % chances bapa aku untuk pulih, sekarang ni dalam keadaan kritikal 50/50… Luluh hTi aku ketika itu…. Terus aku redha dengan keputusan yang disampaikan oleh doktor terbut… Air mata aku tahan seboleh2nye supaya mak aku dapat menguatkan semangatnye….

Apa yang boleh dibuat ketika ini,antibiotik tahap paling kuat, terpaksa diberikan…. Tapi terdapat risiko yang amat tinggi… Di mana ubat tersebut akan melawan kuman tadi dan sekiranye badan bapa aku tidak dapat melawan maka beberapa organ penting akan terhenti dengan tiba2… Terutamanye jantung… Subhanallah…. Takutnye aku ketika itu…. Setelah penerangan dari doktor tersebut jelas, maka beberapa dokumen2 penting ditandatangani oleh aku…. Macamana aku nak terangkan kat 2 lagi adik2 aku…. Air mata dah bertakung, kalau aku lepaskan pasti mak aku akan lagi kuat menangisnye… Dalam keadaan sekarang ni cuma aku berserah kepada Allah SWT sebab Dia yang menentukan.. Bagi aku dah pun berusaha sebaik mungkin dan mak aku pun telah membela bapa aku dengan sebaik2nye….

Nanti aku update dari masa ke semasa… Sebab aku masih dalam keadaan kurang terurus ketika ini… Aku pinta doa dari semua follower aku dan sahabat handai supaya mendoakan bapa aku agak kembali sihat dan baik… Dan sekiranya penyakit dihidapinye menyiksakan dan membebankan dirinya, aku redha untuk engkau ambil nyawa bapa aku dengan tenang dan letakkanlah di kalangan orang2 yang bertakwa serta beriman… Dan aku mahukan aku dipertemukan semula di pintu syurga kelak… Insya-Allah….